Transisi dua dekad Amelina       

A
A
A

NAMA Norazlina Amir Sharipuddin atau lebih dikenali sebagai Amelina sememangnya sinonim dengan irama dangdut sehingga penyanyi tersebut pernah mendapat jolokan Ratu Dangdut Malaysia.

Namun, setelah 27 tahun berada  dalam industri, Amelina membuat transisi berbeza apabila tampil dengan sebuah lagu bergenre balada, Ada Untukmu yang dilancarkan pada 7 Ogos lalu.

Menafikan cuba beralih arah, personaliti berusia 46 tahun itu memberitahu, dia mahu mencuba sesuatu yang berbeza setelah mendapat respons positif  ketika menyertai program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada 2018.

“Dangdut masih lagi menjadi forte saya, tetapi saya mahu mencuba sesuatu yang lain dan ini juga adalah untuk peminat baharu Amelina yang tidak fanatik pada satu genre lagu sahaja.

“Ketika menyertai GV5, saya banyak mendapat ilmu baharu dalam dunia nyanyian. Saya rasa sebelum saya lupa, lebih baik saya keluarkan single istimewa seperti ini.

“Syarikat pengurusan juga berpendapat tidak salah jika saya cuba mencabar diri dengan lagu genre berbeza kerana mereka sudah melihat kemampuan saya menyampaikan lagu-lagu berlainan genre sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana video muzik lagu itu di Crave Café, Oasis Ara Damansara baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman merakamkan lagu hasil cipta Aepul Roza itu, Amelina berkata, dia tidak mengambil masa lama untuk proses rakaman, namun mengakui agak bimbang sekiranya tidak dapat menyempurnakan penyampaian lagu Ada Untukmu dengan baik.

[embed]https://www.instagram.com/p/CDjwcrYHn7n/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]

Imej berbeza

“Bagi saya menyampaikan lagu dangdut tak sukar, tapi bila kita sampaikan lagu balada, kita perlu seolah-olah bercerita.

“Pada awalnya, saya fikir Aepul akan beri panduan mood bagaimana yang dimahukan untuk lagu ini tapi bila dia kata dia serah pada saya, rasa susah juga,” ujarnya yang merancang untuk tampil dengan lagu genre berbeza selepas ini.

Lagu Ada Untukmu boleh dilayari dan dimuat turun secara rasmi di semua platform digital antaranya Spotify, Joox, Kkbox dan iTunes bermula 7 Ogos. Video muzik lagu ini turut dilancarkan di saluran YouTube Nova Music pada hari yang sama.

Bukan hanya tampil dengan lagu berbeza, Amelina juga tampil dengan imej baharu yang tampak lebih muda dan berani.

Ujarnya, dia mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan dan menerima cabaran pihak pengurusan untuk tampil dengan imej lebih segar.

“Sejujurnya saya lebih suka dengan imej rambut kepuk, tapi mereka mahu saya tampil dengan imej yang lebih muda.

“Saya ambil masa lebih seminggu untuk turunkan berat badan sebanyak lima kilogram.

AMELINAAmelina mengakui menurunkan berat badan demi imej baharu untuk Ada Untukmu.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca