Tunggu dah reda-reda dulu barulah kami balik KL - Zizie Izette

Zizie Izette
Zizie Izette
A
A
A

MESKIPUN masih berada di Sabah dan belum pulang ke Kuala Lumpur, pelakon Datin Seri Zizie Izette memaklumkan dia tetap menjalani proses kuarantin bersama keluarga di Kota Kinabalu.

Tindakan itu dilakukan Zizie, 42, berikutan dia turut turun padang memberikan sokongan kepada suaminya yang juga ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.

“Bila balik dari Sandakan, kalau tak naik dua-tiga tu memang tak sah!

“Semua urusan sudah pun selesai dengan aman. Sekarang ni kami anak beranak semua masih menetap di Kota Kinabalu. Kuarantin di rumah.

“Tunggu dah reda-reda dulu barulah kami balik KL. Ada sesiapa kat Kota Kinabalu ni nak buatkan saya dessert sedap-sedap tak,” katanya menerusi perkongsian di Instagram miliknya beberapa hari lalu.

Zizie dan suami mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan cahaya mata kembar, Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette, 3, dan Alisa Bella Izette, 1.

Pasangan itu juga mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

 

(FOTO: Instagram Zizie Izette )

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca