KISAH cinta pasangan selebriti popular, pengacara Neelofa dan PU Riz sering mencuri perhatian ramai sejak awal mengetahui tentang hubungan istimewa mereka sehinggalah kepada acara merisik baru-baru ini.

Ramai peminat teruja dan tidak sabar untuk melihat pasangan ini disatukan, malah sentiasa mengikuti perkembangan terkini Neelofa dan PU Riz dalam setiap hantaran mereka di laman sosial.

Terbaru hantaran Neelofa menerusi Instastory miliknya semalam, berkongsi nota ditulis pada buku yang dihadiahkan oleh PU Riz, 25, kepadanya.

Bagaimanapun, Neelofa, 31, telah menutupnya bahagian tertentu nota tersebut dengan emoji bunga dan hanya menampakkan huruf Ha dan Ba.

Tidak menunggu lama, netizen terus membuat andaian bahawa huruf Ha dan Ba itu jika disambung pada perkataan penuh merujuk kepada Hubun dalam bahasa Arab yang memberi maksud Love.

Masing-masing membuat spekulasi hero filem Ada Apa Dengan Dosa itu memanggil Neelofa dengan panggilan Love.

Iklan

Apa pun, kita tunggu sahaja berita gembita daripada mereka berdua nanti. Doakan yang baik-baik buat pasangan ini.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Neelofa)