Ubat rindu peminat, Afgan kembali dengan konsert solo di Kuala Lumpur

Afgan Evolution Kuala Lumpur
Afgan Evolution Kuala Lumpur
A
A
A

PENYANYI popular Indonesia, Afgan bakal mengubati rindu para peminatnya di Malaysia menerusi konsert solo yang akan berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada 17 Disember depan.

Konsert berdurasi dua jam itu yang diberi nama Afgan Evolution Kuala Lumpur itu bakal menyaksikan penyanyi tersebut tampil menyanyikan seleksi lagu hitnya termasuk Jodoh Pastu Bertemu yang bukan sahaja menjadi siulan di negara kelahirannya, tetapi juga di Malaysia.

Afgan, 33, yang baru sahaja melancarkan EP berjudul +62 yang mengandungi tiga buah lagu iaitu Pendam, Lestari Merdu dan Pulih itu menjanjikan persembahan terbaik untuk peminat Malaysia yang banyak menyokong kerjaya seninya sebelum ini.

Menurut Pengarah Renjana Idea Sdn Bhd, Aliya Arisya Anuar, selaku penganjur, konsert tersebut berlangsung pada waktu yang tepat setelah sekian lama penyanyi itu tidak bertemu dengan peminat di Malaysia.

“Kami berharap konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur akan memeriahkan lagi industri muzik dan mengubati segala kerinduan peminat.

“Kami juga percaya bahawa peminat setia Afgan akan menyokong konsert kali ini yang bakal mempamerkan lagi kematangan Afgan dalam bermuzik,” ujarnya.

Tiket Afgan Evolution Kuala Lumpur di Malaysia diujal degan harga antara RM258 hingga RM1388 dan dijual bermula 5 September menerusi www.golive-asia.com.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca