Usaha murni Umie Aida, Shah Rezza; hulur bantuan pada yang memerlukan

Untitled design (17)
Untitled design (17)
A
A
A

PENULARAN wabak pandemic Covid-19 sejak setahun lalu banyak menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia.

Apatah lagi sehingga kini, Malaysia masih mencatat angka jangkitan yang membimbangkan dan mendorong kerjaaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3 (PKP 3.0) fasa kedua bermula 15 lalu sehingga 28 Jun ini.

Tidak betah membiarkan mereka yang memerlukan bantuan terbiar begitu sahaja, beberapa selebriti tampil menghulurkan bantuan semampu mungkin.

Antaranya adalah pelakon versatil, Datin Seri Umie Aida yang tampil membantu pemandu teksi di sekitar ibu kota.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Alhamdulilah 300 pemandu teksi telah menerima sedikit barangan keperluan seperti beras, tepung, minyak masak dan roti prata.

“Pendapatan mereka sehari paling tinggi 20 ringgit. Jom rakyat Malaysia, sama-sama kita berganding bahu hulurkan bantuan. Boleh terus hulurkan bantuan ke akaun RHB 21233000012249,” kongsinya menerusi Instagram pada Rabu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umi khalsum (@umieaida9)

Pada hantaran sama, bintang filem Dukun itu turut menitipkan penghargaan dan berterima kasih kepada orang ramai yang sama-sama menderma kepada golongan yang memerlukan.

Sementara itu, pelakon dan penyanyi, Datuk Seri Shah Rezza turut menghulurkan bantuan fasa pertama dengan bantuan Malaysia Navara Club.

“Alhamdulillah… Terima kasih kepada penderma. Anda tahu siapa anda,” tulisnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shah Rezza (@shahrezza61)

Bagaimanapun figura berusia 60 tahun itu tidak berkongsi butiran lanjut mengenai bantuannya dan rata-rata rakan artis mengucapkan tahniah atas usaha yang dilakukannya itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca