“Tak ada apalah Usop, kami faham.. Akak tak ambil hati dan tahu Usop hanya bergurau tadi tu,”

ITU merupakan reaksi pengacara Sherry Al-Hadad apabila penyanyi dan finalis Big Stage, Usop tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya setelah menyedari tindakan mengusik tentang bentuk badan Sherry selepas selesai membuat persembahan pusingan pertama mengundang kecaman ramai.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, mengakui kesilapannya dan mengharapkan penonton yang menyaksikan program tersebut memaafkan kerterlanjurannya bergurau.

“Saya nak minta maaf pada akak. Tadi saya ada terlepas cakap dan nak minta maaf jika ada yang terasa.

“Mungkin akak faham saya hanya bergurau, tapi saya takut orang di luar sana anggap sebaliknya.

“Sebelum orang cakap apa-apa pada saya atau akak, saya minta maaf,” ujar Usop secara terbuka di pentas selepas selesai melakukan persembahan pada pusingan kedua.

Iklan

Terdahulu sebelum itu, pelantun lagu Selamanya itu teruk dikecam netizen apabila gurauan spontannya terhadap Sherry dianggap sebagai body shaming.

Iklan

 

(FOTO: Azrul Rafi – Astro)