Usop selamat bergelar suami

A
A
A

SELEPAS tiga bulan mengikat tali pertunangan, penyanyi Usop akhirnya bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Penaga dan disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Harun Idris, dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Md Hashim Nordin. Manakala abang Nur Fatihah, Muhammad Firdaus, pula menjadi saksi bersama bapa Usop, Mohd Noor Ismail.

Sebanyak sembilan dulang menjadi hantaran daripada pihak perempuan dan ia berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki. Mas kahwin pula sebanyak RM3,000 serta seutas gelang tangan sebagai pengiring.

Berkongsi kisah percintaan mereka, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, mereka berkenalan lebih dua tahun sebelum hubungan tersebut dilanjutkan kepada ikatan pertunangan.

Katanya, walaupun usianya agak muda, dia tetap berharap dapat membimbing dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami sebaik mungkin.

“Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” katanya.

Selepas dua tahun berkenalan, Usop tekad memilih Fatihah sebagai isteri.

Untuk rekod, Nur Fatihah berkhidmat sebagai kakitangan pentadbiran di sebuah syarikat Pulau Pinang dan membuat kerja sampingan iaitu berniaga barangan kosmetik.

Bagaimanapun mengenai zuriat, penyanyi Selamanya itu berkata mereka tidak ingin terburu-buru.

“Saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba, tapi buat masa ini fokus kami berdua ialah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” katanya yang berharap agar peminat serta mereka yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke anak cucu.

Majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam ini dan majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada 13 Feb di Kulim Kedah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca