Versi baharu Bintang Biru Kristal Salju, kelainan Pitahati

Pitahati
Pitahati
A
A
A

PITAHATI  tampil dengan kejutan kejutan istimewa buat peminat apabila kembali meriliskan album Bintang Biru Kristal Salju versi deluxe, sempena sambutan ulang tahun ke-10, album tersebut.

Menariknya rilis terbaharu itu akan memuatkan persembahan live Pitahati di Galeri Annexe, Pasar Seni, Kuala Lumpur, pada tahun 2012 yang lalu.

Album terbitan Luncai Emas itu melalui proses remaster untuk memberikan nafas baharu kepada karya yang pernah melonjakkan nama Pitahati sebelum ini.

Bakal dilancarkan pada 25 Jun, album itu turut menampilkan single hit Bintang Biru Kristal Salju, yang sering menjadi permintaan peminat dalam setiap persembahan.

Pada awal kemunculan, Pitahati mendapat perhatian ramai apabila memperkenalkan genre muzik unik dan jarang didengari peminat muzik tempatan iaitu muzik berasaskan art rock dan avant-garde dengan lirik bahasa Melayu.

Album Bintang Biru Kristal Salju serta persembahan mereka di Galeri Annexe itu merupakan permulaan perjalanan muzik Pitahati, selain album Fonetik Anak Candal dan Selamat Datang ke Panggung Suara.

Tidak hanya itu, album-album tersebut juga menjadi penanda aras perjalanan mereka dalam industri muzik tanah air apabila menampilkan kreativiti dan keaslian karya dalam proses pembikinannya.

Selain itu, Pitahati juga bakal muncul dengan sebuah single hasil kolaboratif bersama penyanyi lagenda Ito Blues Gang pada penghujung tahun ini, menerusi gubahan semula lagu hit Blues Gang, Khatulistiwa.

Dalam masa sama, Pitahati kini dalam proses pembikinan album baharu selepas karya terakhir mereka enam tahun lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca