PENYANYI dan pengacara Alif Satar yang kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Melaka berkongsi sebuah video kata-kata semangat dan titipan doa daripada Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam iaitu Ustaz Abdul Karim Al-Makki untuknya semalam.

“Saya terima pesanan khas dari Ustaz @abdulkarimalmakki sebentar tadi. Ada doa dan pesanan yang Ustaz titipkan dalam video ini yang saya rasa boleh suntik semangat buat semua yang sama situasi dengan Alif.

“Daripada saya sendiri sebagai pesakit Covid-19, saya cukup memahami apa yang sedang dilalui oleh pesakit dan juga bekas pesakit Covid-19 dari segi mental.

“No one asked to be sick, and trust me I don’t even wish this upon my worst enemy,” tulisnya.

Sehingga kini video tersebut telah dilihat lebih 500,000 kali.

Dalam pada itu, Alif juga meminta orang ramai agar terus mendoakan yang terbaik buat semua epsakit-pesakit Covid-19.

“Saya memohon agar semua teruskan berdoa buat semua yang terkesan dengan Covid-19 agar terus kuat untuk kembali sembuh dan semoga wabak ini pergi meninggalkan kita secepat mungkin.

Iklan

“Terima kasih frontliners yang bertungkus lumus membantu dan menjaga situasi Covid-19 di negara kita.

“I am witnessing this first hand, they are the truly superheroes. What they are doing are truly remarkable. Thank you,” ujarnya.

Iklan

Alif yang disahkan positif Covid-19 kini sedang menerima rawatan dan kuarantin di sebuah hospital di Melaka sejak Ahad lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)


(SUMBER/FOTO: Instagram Alif Satar)