Pelakon berbakat besar, Fasha Sandha berkongsi video pendek yang memaparkan anak sulungnya, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 7, meminta agar Fasha meninggalkan dunia glamor.

Luahan itu dibuat Rayfal secara spontan selepas kasihan melihat ibunya terpaksa berdiri dan melayan peminat bergambar lebih-lebih lagi dalam keadaan Fasha yang kini sarat mengandung.

“Kisah beberapa hari lalu… Sebenarnya keluarkan handphone untuk ambil gambar makanan.

“Tiba-tiba ada beberapa orang datang ke meja untuk ambil gambar dengan ibu (Fasha), lepas dah ambik gambar, anak sulung ibu ni luah perasaan dia.

“Rayfal suruh kita berhenti berlakon sebab kesian ibu selalu kena berdiri untuk ambik gambar di meja makan.

“Rupanya dah lama dia dah simpan perasaan ini, baru nak luahkan,” kongsi Fasha menerusi akaun Instagramnya.

Iklan

Bagaimanapun ujar Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, bidang lakonan merupakan minat utamanya.

“Setelah hampir 9 bulan berehat dari set pengambaran, adakalanya rindu nak masuk set balik sayang.

Iklan

“Anak yang suruh berhenti berlakon. Camana ni? Anak ibu baru 7 tahun dah pandai kesiankan ibu kena berdiri. I love you anakku. Video ni kenangan untuk sayang,” kata isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu.

https://www.instagram.com/p/CDNb9pzlY2g/?utm_source=ig_web_copy_link