[VIDEO] Bertuahnya, Hairul Azreen dan keluarga diajak Tan Sri Vincent Tan naik jet peribadi, kapal layar mewah

Gambar hiasan (2)
Gambar hiasan (2)
A
A
A

SEBELUM ini Hairul Azreen dan Hanis Zalikha pernah mencuri tumpuan ramai apabila bercuti menaiki helikopter ke Tasik Kenyir, Terengganu.

Kali ini Hairul dan Hanis berpeluang menaiki jet peribadi dan kapal layar mewah dalam memenuhi jemputan daripada jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.

Menganggap ia rezeki buat anak-anak, perkara itu dikongsikan Hairul di laman sosial Instagram.

“Perjalanan yang menjangkaui imaginasi.

“Sangat bertuah dijemput dalam percutian impian ini.

“Masya-ALLAH untuk rezeki anak-anak dan kami tumpang,” titip Hairul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Paparan video berdurasi seminit itu menunjukkan Hairul dan Hanis bersama anak mereka, Yusof Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3 menerima layanan istimewa daripada ahli perniagaan itu.

Rezeki kita itu ALLAH salur melalui orang lain

Dalam pada itu, Hanis turut berkongsi perasaannya apabila diberi peluang untuk bercuti bersama jutawan terkenal tanah air itu.

“Saya berasa gembira dan sangat teruja. Berbeza perasaan dengan kita berbelanja sendiri.

Sebab bayangkan, ALLAH gerakkan hati orang lain, untuk menggembirakan kita. Selalu tak terdetik? Bila orang belanja kita, secawan kopi. Dia tak perlu pun belanja, tapi dia nak. Hati dia nak.

“Rezeki kita itu ALLAH salurkan melalui orang lain.

“Orang itu dapat kebaikan buat kita gembira. Kita pun dapat bahagia yang ALLAH bagi. It’s beautiful,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Dengar Yusuf nak main pasir, kapal layar sampai di daratan

Menerusi Instagram, Hairul turut menzahirkan rasa terharu apabila Tan Sri Vincent Tan sanggup merealisasikan hasrat anaknya, Yusuf Iskandar bermain pasir.

“Tan Sri terdengar @theyusufiskandar nak main pasir, tiba-tiba saja yacht sampai ke darat,” titup Hairul.

Jelas Hairul lagi, dia tidak menyangka Tan Sri Vincent Tan akan menyediakan sebuah kapal layar buat mereka sekeluarga.

Rata-rata warga maya meninggalkan komen positif di laman sosial pasangan itu.

- “Terus murah rezeki .”

- “Alhamdulillah..rezeki anak-anak.”

“ Alhamdulillah rezeki tidak salah alamat. Happy holiday.”

- “Masya-ALLAH bertuahnya.”

- “Sempoinya Tan Sri ini..bertuahnya badan.”

- “Bercampur dengan orang yang bagus-bagus, kita akan turut ikut jadi bagus. Alhamdulillah.”

Oktober tahun lalu, Hairul sekeluarga dijemput menikmati percutian atas kapal layar mewah milik jutawan tersebut.

Hairul berkata mereka sekeluarga menerima undangan Tan Sri Vincent Tan yang ketika itu baru selesai berenang di Pulau Redang.

Sumber: Instagram Hairul Azreen, Hanis Zalikha

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca