[VIDEO] Hampir 2 jam tunggu di dalam ambulans, katil hospital swasta penuh, Rebecca panik suami stage 4 Covid-19
JANGKITAN baharu Covid-19 di negara kita semakin parah. Sejak dua hari lalu angka jangkitan mencecah lebih 11,000 kes harian.
Sana sini kita dapat membaca di media sosial khususnya perkongsian daripada bekas pesakit dan ahli keluarga melalui detik getir apabila disahkan positif virus tersebut.
Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam juga ada ceritanya tersendiri.
Beliau berdepan situasi cemas berikutan suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman yang ketika itu menjalani kuarantin kendiri di rumah akibat jangkitan Covid-19 telah mengalami sesak nafas pada Selasa.
Menerusi perkongsian live video di Instagram semalam, Rebecca menceritakan situasi ketika cuba mendapatkan perkhidmatan ambulans untuk membawa suaminya ke hospital.
Namun begitu, kebanyakan hospital swasta yang dihubungi kapasiti penuh dan tidak menerima pesakit Covid-19.
"Tengah hari semalam (kelmarin) suami saya sesak nafas dan disahkan stage 4. Kadar oksigen berada dalam keadaan rendah."Saya jadi takut dan panik dengan anak lagi. Jadi adik-beradik suami tolong telefon ambulans dan cuba dapatkan katil di hospital swasta.
"Saya teman suami naik ambulans, tinggalkan sekejap anak-anak. Ketika itu saya masih hubungi mana-mana hospital swasta di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, tetapi jawapan menghampakan," ceritanya sambil menangis.
Menurut Rebecca, hampir dua jam mereka berada di dalam ambulans yang terpaksa berhenti di tepi jalan.
"Alhamdulillah pemandu ambulans sangat baik dan turut berusaha menelefon hospital-hospital."Saya bertegas mahu membawa suami saya ke hospital swasta. Terus terang saya cakap, hospital swasta yang ada ini semua penuh, apatah lagi hospital kerajaan dan MAEPS (Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Serdang mestilah juga penuh. Saya risau suami semakin worse di sana.
"Akhirnya syukur ALLAH memberi petunjuk apabila teringat pesanan seorang rakan memberitahu ada sebuah PKRCs (Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19) Zahran di Hotel Royal Chulan KL.
"Alhamdulillah, suami dihantar ke sana. Saya hanya perlukan tempat untuknya dapatkan oksigen dan akhirnya dipindah ke hospital swasta," ujarnya.
Paling memilukan apabila selebriti itu menceritakan detik ketika 'berpisah' dengan suami.
"Saya tak sampai hati tengok suami menangis. Dia kata pada saya, sayang tolong jangan tinggalkan saya. Sedih tak dapat teman dia ketika ini."Saya minta anda semua doakan untuk suami, anak-anak dan pembantu rumah," katanya.
Sementara itu, Rebecca turut meminta jasa baik pihak kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ memandangkan keadaan negara semakin teruk.
Artikel berkaitan: Selepas suami dan anak-anak, kini Rebecca pula positif Covid-19
"Anda (kerajaan) kena (buat) total lockdown. Apa yang saya cakap anda kena dengar, tolonglah.
"Walaupun kerugian besar untuk negara, tetapi kita bercerita fasal nyawa sebab saya dah kena dalam situasi ini jadi fobia.
"Badan kami satu keluarga macam kena hempap dengan pokok, sakit sangat-sangat. Batuk, sakit dada, ada yang kena cirit-birit. Ya ALLAH, semoga ALLAH tarik sakit dan lindungi kita semua," pintanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya sebak dan mendoakan agar semua ahli keluarga pelakon itu kembali pulih.
Terdahulu, Rebecca memaklumkan selain suami, enam anaknya, Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, 13; Nor Anggun Raverra, 9; Nor Aliff Al Raffael, 5; Nor Ahmet Al Reaggan, 2; dan Nor Aurora Riana berusia dua tahun turut dijangkiti Covid-19 pada 8 Julai lalu.
Ini termasuklah tiga pembantu rumahnya Haishatul Akmal, Nur Ain dan Farrah. Dua hari kemudian, Rebecca pula disahkan positif koronavirus.
View this post on Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang