(Video) Lagu Untuk Kamu cecah 1 juta likes, 70 juta tontonan

Untitled design (28)
Untitled design (28)
A
A
A

PELAKON dan penyanyi cilik, Alyssa Dezek terus mencipta sejarah dan fenomena tersendiri apabila muzik video nyanyiannya, Lagu Untuk Kamu mendapat 1 juta likes (tanda suka) dan 70 juta tontonan di saluran YouTube miliknya.

Setakat ini, Alyssa merupakan penyanyi Malaysia kedua mendapat 1 juta likes di YouTube selepas Namewee.

Bukan itu sahaja, muzik video si cilik berusia 12 tahun yang turut mempunyai golongan peminat tersendiri di Indonesia itu hanya 800,000 tontonan di belakang muzik video Sufian Suhaimi, yang ditelah dipilih sebagai Muzik Video Melayu Paling Banyak Tontonan di YouTube menurut Malaysian Book of Records.

Kini, Alyssa mengejar Sufian dan Namewee untuk menerajui gelaran muzik video paling banyak likes di Malaysia dan juga muzik video solo yang mempunyai tontonan tertinggi di Malaysia.

Baru-baru ini, nama Alyssa menjadi perhatian ramai apabila membeli sebuah kereta jenis Toyota Vellfire, dengan hasil pendapatan menerusi saluran YouTube miliknya.

[embed]https://youtu.be/p7fSAfIlhFg[/embed]

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca