PENANTIAN pasangan romantis Awal Ashaari dan Scha Alyahya untuk menimang cahaya mata kedua bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Menurut Awal menerusi akaun Instagram miliknya, tiada hadiah yang lebih bermakna pada hari lahirnya yang ke-39 hari ini, selain berkongsi berita kehamilan isterinya itu yang kini hamil empat bulan.

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

“Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.

“Kami bakal menimang cahaya mata kedua dan insya Allah, usia kehamilan sudah empat bulan,” ujarnya.

Awal juga turut memohon agar semua pihak agar mendoakan kesihatan dan keselamatan isteri serta anak yang bakal dilahirkan.

“Doakan Mommy (Scha) dan bayi dalam kandungan sihat dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna.

“Syukur ya Allah atas rezeki ini dan doakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.

Iklan

Januari lalu, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 37, memberitahu telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim ataupun dikenali sebagai Endometriosis di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Menurut Scha, masalah ketumbuhan itu sebenarnya mula dikesan pada Disember tahun lalu menjadi salah satu penyebab dia sukar untuk hamil lagi.

Iklan

Sebelum ini, Scha pernah menjalani pembedahan sama pada 2013 iaitu sebelum disahkan hamil anak sulung, Lara Alana, 6.

https://www.instagram.com/p/CDjJrP_AqEe/?utm_source=ig_web_copy_link