[VIDEO] Pelakon Korea, Chae Song Ah buka restoran di Johor

[VIDEO] Pelakon Korea, Chae Song Ah buka restoran di Johor
[VIDEO] Pelakon Korea, Chae Song Ah buka restoran di Johor
A
A
A

JIKA sebelum ini K-Pop Idol, Han Ji-Sung pernah belajar dan tinggal di negara kita, kini seorang

pelakon Korea pula dikhabarkan menetap di Johor Bahru.

Pelakon wanita, Chae Song Ah adalah seorang pelakon yang tidak begitu terkenal di sana namun setiap watak yang dilakonkan sangat 'menjadi'.

Antara drama terkenal yang dia berlakon adalah Lonely Enough to Love, My Strange Hero, V.I.P, Good Doctor dan banyak lagi.

Portal tempatan melaporkan, Han Ji-Sung dikatakan telah membuka sebuah restoran.

Restoran yang bernama Sae Ma Eul BBQ bertemakan Korea itu terletak di 71, Sunway Emerald Boulevard 88, Persiaran Medini 3, Bandar Medini Iskandar, Johor.

Difahamkan juga, dia menjadi selebriti Korea pertama yang membuka restoran di Johor Bahru.

Chae Song Ah turut dilaporkan telah menetap bersama keluarganya di sekitar kawasan restoran itu.

Baca juga Anak sulung menikah, Umie Aida selamat terima menantu

Sebelum ini, dia turut berlakon dalam filem Korea berjudul Happy Together pada tahun 2018.

Chae Song Ah yang turut dikenali sebagai Chae Song A seorang warganegara Korea Selatan berusia 40 tahun.

Dia dilahirkan pada 8 Julai 1980.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca