[VIDEO] Rupanya bayi lelaki Tok Ti kembar Aafiyah, embrio yang terjadi pada hari yang sama

AWAL Disember lalu kita telah menerima perkhabaran gembira apabila Tok Ti atau Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan beliau melalui kehamilan kedua.

Pengumuman itu dilakukan menerusi Majlis Pelancaran Wonderlab dan BeauSiti yang berlangsung secara online melalui aplikasi Zoom.

Iklan
Iklan

Beliau yang sedang hamil empat bulan menzahirkan kesyukuran dan keterujaan apabila bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata.

Setelah itu, Tok Ti sekali lagi turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan April tahun depan menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli-belah Shopee 12 Disember lalu.

Artikel berkaitan: Siti Nurhaliza sah hamil empat bulan

Apa yang lagi menarik, Tok Ti baru-baru ini turut memberitahu bahawa bayi lelaki yang berusia empat bulan lebih itu sebenarnya kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah.

“Sebenarnya saya lalui rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF)… bila kita buat peringkat-peringkat bayi, embrio dan sebenarnya bayi lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah.

“Dia terjadi pada waktu dan hari yang sama… tapi doktor masa tu tak galakkan masuk dua embrio. Jadi, masuk Aafiyah dulu.

“Tiga tahun kemudian baru masukkan yang ini,” katanya ketika menjawab soalan tentang amalan untuk dapat bayi lelaki semasa menjadi tetamu #CartaERA40 bersama Nabil Ahmad baru-baru ini.

Tok Ti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, yang kini berusia dua tahun.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Zahirah, Aiman Hakim Ridza timang anak kedua. Inara Raisa pelengkap keluarga

PELAKON Zahiran MacWilson dan Aiman Hakim Ridza selamat menyambut kelahiran anak kedua pada 8.58 malam,…

2 hours ago

‘Aku takkan tinggalkan kau…’ Peluk jenazah sahabat 2 hari, makan ais untuk hidup, kisah pendaki Malaysia terkandas di Gunung Denali meruntun hati

PERKONGSIAN pendaki rakyat Malaysia, Zainudin Lot, 48 tatkala berkongsi detik akhir menemani jenazah rakannya yang…

8 hours ago

‘Hadiah berharga daripada anak…’ Perkongsian Aidid Marcello meraikan kejayaan anak sulung bikin sebak ramai

BUKAN mudah untuk ibu bapa berjauhan dengan anak-anak, namun itulah ketetapan yang dilakukan oleh personaliti…

12 hours ago

Ainul Aishah kini bergelar ibu, timang puteri sulung selepas 3 tahun menanti. ‘First day as a mommy, alhamdulillah’

PELAKON cantik Ainul Aishah selamat anak sulungnya baru-baru ini. Khabar gembira itu dikongsikan pelakon berkenaan…

1 day ago

Kes Zayn Rayyan kembali menjadi bualan, ibu bapa ditahan polis

(DIKEMAS KINI) KES pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, tragis dan menyayat hati.…

2 days ago

Guna panel solar mudah alih sebagai sumber kuasa utama, ini spesifikasi canggih Stesen Kuasa Mudah Alih Bluetti untuk kaki camping

ALTERNATIF penjimatan tenaga elektrik dengan lebih proaktif, pengenalan Stesen Kuasa Mudah Alih Bluetti nampaknya menjadi…

2 days ago