Rakaman sesi rehearsal tular, Nabila Razali tampil persembahan berbeza

Nabila Razali
Nabila Razali
A
A
A

MESKIPUN Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sudah dua hari berlalu, namun nama salah seorang finalisnya, Nabila Razali masih terus hangat diperkatakan.

Nama Nabila trending kerana kesilapan yang dilakukan ketika membuat persembahan untuk lagu Peluang Kedua di pentas berprestij itu sehingga mendapat kecaman ramai.

Bagaimanapun kecaman tersebut bertukar pujian setelah video persembahan Nabila ketika sesi rehearsal tersebar.

Menerusi klip tersebut, Nabila ternyata berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan baik. Malah bahagian yang ‘terkucil’ itu juga dapat disampaikan tanpa sebarang masalah dan ia berbeza sekali dengan apa yang disaksikan pada malam persembahan sebenar.

Mungkin kerana berdepan dengan tekanan dan ditambah dengan perasaan gementar ketika membuat persembahan di pentas akhir, kesilapan tersebut berlaku.

Hakikat itu turut diakui ramai netizen yang rata-ratanya memberi pujian kepada Nabila yang tetap positif dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik meski bakatnya dipertikai.

AJL35 menyaksikan lagu Gila, ciptaan Ezra Kong, Noki dan Loca B dinobatkan sebagai juara. Manakala Semalam dan Belenggu Rindu pula masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca