[VIDEO] Shahrulezad dedah kisah di sebalik Takdir Yang Tertulis

Untitled design - 2021-02-01T182132.434
Untitled design - 2021-02-01T182132.434
A
A
A

DI sebalik kehebatan drama Takdir Yang Tertulis, yang kini sedang ditayangkan di slot Samarinda TV3, pengarah drama itu, Shahrulezad Mohameddin mendedahkan terdapat beberapa perubahan membabitkan para pelakon.

Jelas Shahrulezad atau lebih dikenali dengan panggilan Budak Ijat, ketika proses penulisan skrip di buat, pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan baru dilaksanakan (PKP).

Bagaimanapun sebaik tempoh itu berakhir, jadual artis mula bertukar disebabkan beberapa penggambaran yang tertangguh.

“Pada mulanya saya sudah ada artis untuk setiap watak dalam drama ini. Bagaimanapun selepas drama ini diluluskan stesen TV, kami membuat skrip dalam tempoh PKP.

“Sebaik PKP berakhir dan aktiviti penggambaran dibenarkan, jadual artis mula berterabur. Hampir semua artis yang sepatutnya membintangi drama ini tidak dapat berbuat demikian kecuali Didie Alias dan Iman Suhana.

“Kebetulan Nad Zainal saat akhir ada kekosongan dan saya pujuk Nad untuk membintangi drama ini,” jelansya menerusi Instagram miliknya.

Baca Juga Nad Zainal Tak Kisah Jadi Pilihan Terakhir

Shahrulezad turut menjawab soalan pengikutnya yang bertanya adakah dia menjangkakan Takdir Yang Tertulis akan trending seperti drama Nur dan Nur 2.

“Saya anggap ia sebagai rezeki. Masa buat drama ini, tak jangka apa-apa pun. Matlamat utama adalah untuk buat kelainan dan terbaik.

“Tak fikir pun pasal viral. Bila dah selesai penggambaran, sama ada penonton suka atau tidak ia adalah di luar bidang kuasa kami.

“Jadi bila drama ini disukai, saya anggap ia sebagai rezeki,” ujarnya.

Ikuti sesi perbualan bersama Shahrulezad menerusi video di bawah ini.

Baca Juga [VIDEO]"Rasa Macam Tengok K-Drama!"- Drama Takdir Yang Tertulis Jadi Perhatian Warganet

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca