[VIDEO]Anak Amyra baca doa teresak-esak menangis tarik perhatian

[VIDEO]Anak Amyra baca doa teresak-esak menangis tarik perhatian
[VIDEO]Anak Amyra baca doa teresak-esak menangis tarik perhatian
A
A
A

ALAHAI comelnya! Begitulah reaksi apabila melihat anak kepada pasangan pelakon Amar Bahrin dan Amyra Rosli iaitu Aqeef Anaqi.

Menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik oleh Amyra di Instagram memaparkan kanak-kanak berusia tiga tahun itu membaca doa makan namun dalam esakan tangis.

Walaupun begitu, mulut Aqeef tetap menghabiskan bacaan doa makan tersebut.

Video yang berkapsyen "bila makanan terlalu sedap, doa pun sampai nangis" itu ternyata menarik perhatian ramai apabila telah mencecah lebih 1.3 juta tontonan.

Ramai yang memuji bacaaan Aqeef kelihatan sangat lancar.

Menjengah ruangan komen, rakan-rakan artis turut meninggalkan pelbagai reaksi.

sharnaazahmad - Hahaha dramatisssss!

radin_era - Haha betul-betul menghayati eh.

mariah_raudhah - MashaAllah. Sebutan doanya cantik dan jelas walaupun nangis.

imani.imtiyaz - Tak tau nak kesian ke nak gelak.

ainiesha86 - Alolo ciannya dia, ni mesti makan lupa baca doa dah kena marah ni.

jufazli_shiahmad - Haha! Kalah aku ketika doa di waktu tahajud wahai adik Anaqi yang sangat comel!

aamyraroslisupporters - Boleh berlakon dah ni darah mommy ngan daddy dah mengalir. Watak ibu cubit sebab tak baca doa.

Baca juga Mawar Karim, anak bebas Covid-19, kongsi pengalaman

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan turut memiliki seorang lagi cahaya mata iaitu Ayra Aryssa, yang kini berusia tujuh bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca