KEHADIRAN PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail dalam majlis perkahwinan adik lelaki Neelofa, Mohamed Aqief menjadi tanda tanya warganet ketika ini.

Wah, ada apa-apa ke ni? Macam ada sesuatu je.

Foto serta video yang dirakam oleh tetamu serta ahli keluarga banyak dikongsi di Twitter dan Instagram.

Ramai betul warganet membuat spekulasi tentang gambar mereka yang tersebar memakai baju sedondon berwarna biru di media sosial.

Psssst… adik-beradik Neelofa pun siap memuatnaik gambar dan video mereka bersama-sama..

Iklan

Rata-rata wargamaya mendoakan yang terbaik buat Neelofa. Namun ada juga yang kurang setuju.

Iklan

[VIDEO]Neelofa dan PU Riz trending di Twitter.. ada apa-apa ke?

Sama-sama kita doakan yang terbaik ya!