OLEH MEEN TAHRIN

PASTI ramai yang tak sabar untuk menonton klip video lagu terbaru Datuk Siti Nurhaliza, Kuasa Cintamu kan.

Apatah lagi setelah menonton beberapa sedutan sepanjang klip video tersebut dilakukan. Kecoh dan meriah.

Ini adalah kerana pengalaman pertama Tok Ti menjalani penggambaran video muzik secara one take shot atau one taker.

Seperti yang diceritakan oleh pengurus Tok Ti, Rozi Abdul Razak di laman Facebooknya.

“Sepanjang @ctdk menjadi artis, ini pengalaman pertama beliau menjalani penggambaran video muzik secara one take shot atau one taker.

“Mungkin mudah jika tidak perlu menukar pakaian tetapi @ctdk perlu memakai 2 lapis pakaian lengkap dengan anak tudung/inner berbeza (2 lapis pakaian) kerana penukaran ini perlu dibuat dalam masa 11 saat saja.

“Semestinya ada cabaran tetapi apa yang penting adalah pengalaman. One taker ini, kalau ada scene yang tidak ok, sama ada pelakon, pemuzik, camera shot atau @ctdk sendiri, penggambaran akan diulang dari mula.

“Adakala pelakon dah ok, camera pula tak stabil atau goyang atau termiss di mana-mana, adakala @ctdk lupa lirik, salah ‘miming’ dan sebagainya,” kongsi Rozi.

Tambahnya lagi, paling menarik adalah bila tiba scene Aafiyah, ada masa dia sporting dan ikut arahan, ada masa dia tak bergerak langsung ke arah @ctdk, memang lucu.

[VIDEO]Penampilan kedua Aafiyah, kecoh di penggambaran video terbaharu Tok Ti

Iklan

Baca juga Minta maaf banyak-banyak sebab saya tak mampu nak bantu… – Adam Corrie

Sementara itu, Siti sendiri turut berkongsi pengalamannya menjayakan klip video ini bersama puteri kesayangannya itu.

Iklan

“Ini merupakan pengalaman kedua Aafiyah muncul dalam video muzik kerana sewaktu Comel Pipi Merah, Aafiyah shoot di hospital pada hari ke-3 kelahiran.

“Bila buat konsep one taker, nak handle kanak-kanak dan bagi arahan tak mudah.

“Adakala Aafiyah sporting dan ikut arahan tapi ada juga part yang shooting paling smooth dari scene awal cuma part Aafiyah pulak, dia tak berlari ke arah saya,” ujar Siti.

“Selepas @ctdk umumkan akan berehat untuk fokus kepada perancangan keluarga, kami di SNP dan Universal Music berusaha menghabiskan apa sahaja kerja mengikut jadual yang berbaki termasuklah menyiapkan video muzik ini,” tulis Rozi lagi.

Justeru, kepada peminat Tok Ti, katanya banyak lagi kejadian di belakang tabir #KuasaCintamu, di saluran YouTube Siti Nurhaliza pada 5 Disember ini, jam 9 malam.

[VIDEO]Penampilan kedua Aafiyah, kecoh di penggambaran video terbaharu Tok Ti