Wahid Satay meninggal dunia

WAHID SATAY - MENINGGAL DUNIA
WAHID SATAY - MENINGGAL DUNIA
A
A
A

SENIMAN legenda Wahid Satay, 93, meninggal dunia di kediamannya di Singapura, jam 8 pagi Isnin.

Berita pemergian tersebut dikongsikan oleh beberapa seniman lain di laman Facebook yang turut memaklumkan jenazah boleh dilawati buat kali terakhir di Teban Gardens Road, Teban View, Singapura.

Teman rapat Allahyarham iaitu Rusedah Tawahid berkata, keadaan kesihatan Allahyarham sebelum ini memang agak lemah disebabkan sakit tua.

“Saya mendapat perkhabaran arwah meninggalkan dunia di kediamannya di Eunos Crescent, pagi ini. Seperti yang diketahui, arwah memang uzur, keadaannya juga agak lemah akibat sakit tua,” katanya seperti dilaporkan media.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Pusara Aman sekitar jam 4 petang hari ini.

Ketika hayatnya, Allahyarham Wahid atau nama sebenarnya Abdul Wahid Haji Ahmad terkenal dengan lakonan komedinya dan telah membintangi puluhan filem.

Antaranya seperti Pontianak pada tahun 1957, Serangan Orang Minyak (1958), Rasa Sayang Eh (1959), Pak Pandir Moden (1960), Sri Mersing (1961), Badang (1962), Tiga Botak (1965) dan banyak lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca