We Care, bangkitkan semangat orang ramai perangi Covid-19

Single We Care Universal Music
Single We Care Universal Music
A
A
A

DEMI membangkitkan semangat dalam usaha memerangi penularan pandemik Covid-19, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia Berhad bekerjasama menghasilkan single berjudul We Care.

Single tersebut menyaksikan gandingan penyanyi popular Alvin Chong, kumpulan Dolla, Jannine Weigel dan Nicole Lai.

Penghasilan single itu juga diharapkan dapat memberi inspirasi kepada orang ramai agar tidak berputus asa dalam menentang pandemik dan terus menyokong antara satu sama lain dalam tempoh sukar ini.

Diterbitkan oleh Universal Music Malaysia, single We Care baru sahaja dilancarkan di platform penstriman digital utama termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan Deezer pada 15 Januari.

Dalam pada itu, muzik video rasmi We Care yang akan dilancarkan pada Februari depan, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia akan memberikan peluang kepada orang ramai untuk tampil dalam video muzik tersebut bersama keempat-empat penyanyi tersebut.

Mereka yang berminat boleh berkongsi kisah Covid-19 di pautan www.umusic.digital/sharethecare dan berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada bintang video muzik tersebut.

Lebih menarik, semua peserta akan menerima perlindungan Covid-19 percuma di bawah Allianz We Care Community.

Tidak hanya itu, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia juga akan menganjurkan larian maya We Care dan konsert siaran langsung pada bulan April depan, di mana hasil daripada kutipan larian maya ini akan disalurkan kepada organisasi amal.

 

(FOTO: Universal Music Malaysia)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca