Will Smith tampar Chris Rock gara-gara persenda imej isteri
PELAKON Will Smith naik berang dan menampar pelawak Chris Rock ketika siaran langsung acara Academy Awards 2022 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad (Isnin pagi waktu Malaysia).
Insiden tersebut berlaku apabila Smith hilang sabar dengan tindakan Chris yang menjadikan imej isterinya, Jada Pinkett yang botak kerana mengalami masalah Alopecia atau keguguran rambut sebagai bahan jenaka di pentas.
Chris mengatakan Jada mempunyai peluang untuk berlakon dalam filem G.I. Jane disebabkan kepala botaknya yang sesuai dengan karakter filem berkenaan ketika tampil menyampaikan anugerah Dokumentari Terbaik Oscars 2022.
Bagaimanapun jenaka tersebut dianggap keterlaluan menyebabkan Smith naik ke pentas menampar Chris yang dianggap celupar sambil disaksikan seluruh tetamu yang hadir dan penonton siaran langsung itu di seluruh dunia.
Sejurus selepas turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya, Smith sekali lagi menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan sebagai tanda tidak puas hati.
Ramai tergamam dan tertanya-tanya adakah insiden yang berlaku di pentas itu hanyalah satu gimik atau sebaliknya.
Pada acara sama, Smith memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang