SEJAK melahirkan anak sulung pada 8 November lalu, pelakon Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 28, sentiasa berkongsi kehidupannya setelah mempunyai bayi dengan pengikutnya.

Apa yang menarik perhatian warganet, semalam Emma turut berkongsi wajah bayinya yang berusia cukup sebulan.

Kata Emma, dua keping foto anaknya yang dikongsi di laman Instagram itu adalah kali pertama penggambarannya.

Lengkap dalam persalinan semua putih, bayi itu nampak sangat comel selain ramai terpesona dengan matanya yang berwarna kelabu.

Posting itu menjadi perhatian ramai termasuk rakan artis serta pengikut dan sehingga kini meraih lebih 182 ribu tanda suka.

"Wow mata grey" - Emma Maembong kongsi foto anak

Iklan

Menjengah ruangan komen, rata-rata mereka sangat teruja melihat keunikan bayi yang bermata kelabu dan mengatakan bakal menjadi lelaki handsome suatu hari nanti.

Iklan

zalifsidek – eeeeee gerammyaaa comel macam anak patung!

nikrozaina_rahim – Wow mata grey.

kay_salam – MasyaAllah… Cantiknya warna bebola warna dia.

someoneswife__ – MashaAllah TabarakAllah mata dia.

mamaboomboom – Ini baby ke doll. Comel sangat.

rizafinah – Cantiknya baby Emma…cute laa…sangat ii cute….

suriputrajaya – MashaAllah comei ya baby.

Baca juga “Alhamdulillah, berjaya tambah hutang” – Hael Husaini

Terdahulu Emma dan suami, Muhammad Shazli telah berkahwin pada 20 Februari lalu dan telah melahirkan bayi sulung lelaki itu pada 8 November namun sehingga kini belum mengumumkan nama.