Masihkah anda ingat tentang naskhah filem bergenre suspen dari Thailand, Bad Genius yang pernah menarik perhatian penggemar filem dunia sekitar 2017?

Selain jalan cerita yang berjaya memukau penonton, filem yang diinspirasikan daripada kisah besar tersebut turut menerima pengiktirafan menerusi beberapa majlis anugerah.

Antara anugerah yang diterima oleh Bad Genius termasuklah Suntingan Terbaik dan Aktres Baharu Terbaik menerusi Asia Pacific Film Festival 2018 (APFF) manakala Anugerah Khas Juri pula diterima pada ASEAN Film Festival and Awards 2018.

Mengimbas kembali filem tersebut, Bad Genius memberi fokus terhadap watak utamanya, Lin, seorang pelajar pintar di sebuah sekolah yang mengaut keuntungan dengan menjual jawapan ketika peperiksaan.

Diterbitkan oleh rumah produksi yang sama, Bad Genius The Series menampilkan barisan pelakon yang berbeza.

Mendapat sentuhan pengarah popular dengan penghasilan naskhah berkisarkan tentang kehidupan remaja, Pat Boontipat, drama 13 episod ini turut mengadaptasi jalan cerita yang serupa dengan versi filem dengan mengangkat kisah hidup empat sahabat.

Iklan

Selain itu, terdapat juga watak-watak baharu yang diketengahkan. June Plearnchaya yang merupakan salah seorang anggota kumpulan vokal BNK48 menggalas watak utama iaitu Lin dan penyanyi Jaonnay Wattanasin pula diberi kepercayaan untuk membawakan watak Bank.

Iklan

Sementara itu, watak Pat pula dilakonkan oleh bekas ahli kumpulan 9X9, Ice Paris manakala watak Grace pula dijayakan oleh Nana Paisarnpayak.

Bad Genius The Series kini ditayangkan pada hari yang sama dengan Thailand bermula 3 Ogos 2020. Pelanggan Dimsum Entertainment boleh menyaksikan episod baharu setiap hari Isnin dan Selasa.