HASRAT pelakon dan pengacara, Yana Samsudin untuk menambah cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan.

Dalam diam, Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, yang baharu sahaja menginjak ke usia 36 tahun kini sarat hamil lapan bulan.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh suaminya yang juga pelakon, Fadzil Zahari menerusi akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah sekali lagi, nak maklumkan pada kawan-kawan dan saudara semua yang isteri abang dah pregnant 8 bulan setelah lebih tiga tahun menunggu dan usaha.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa anda semua.

“Aisy Mateen tak cemburu pun, adik nak keluar bulan depan” tulisnya.

Iklan

Dalam masa sama, Fadzil juga turut mengucapkan selamat hari jadi kepada isterinya yang menyambut ulang tahun kelahiran semalam.

“Happy birthday to my lovely wife. Terima kasih terima i seadanya, sama-sama berkongsi hidup kurang lebih dah 5 tahun tambah 3tahun sebelum kahwin, dah 8tahun berkenalan,” ujarnya.

Iklan

Rata-rata peminat mengakui terkejut dengan berita kehamilan Yana kerana pelakon itu tidak memberi hint langsung mengenai kehamilannya.

https://www.instagram.com/p/CFll2S_jdpg/?utm_source=ig_web_copy_link