Yantzen tersingkir di minggu suku akhir GV7

Yantzen GV7 - SinarPlus
Yantzen GV7 - SinarPlus
A
A
A

HASRAT penyanyi Yantzen untuk melangkah ke pentas separuh akhir tidak kesampaian apabila diumumkan tersingkir dari pentas Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) minggu suku akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Yantzen tampil menyampaikan lagu Segalanya Ku Terima nyanyian asal kumpulan Ilusi hanya memperoleh markah sebanyak 44.50 peratus (%), sekali gus merupakan markah paling rendah pada konsert bertemakan GV Throwback itu.

Bagaimanapun terdahulu sebelum itu, Yantzen menerima hadiah berganda apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi dan Anugerah Cuckoo Healthy Home.

“Terima kasih kepada semua peminat yang menyokong. Saya dah 40 tahun dalam industri dan masih lagi di pentas, alhamdulillah,” ujar Yantzen selepas diumumkan tersingkir.

Sementara itu, penyanyi Muss tampil memukau penonton dengan persembahan hebat menerusi lagu Seragam Hitam nyanyian Kristal yang berjaya memihat hati juri dengan markah tertinggi sebanyak 69.80%.

Selain Muss, enam lagi peserta lain yang turut melangkah ke pentas separuh akhir ialah Linda Nanuwil, Ayu Damit, Noraniza Idris, Oja, Ashira dan Clif Umar.

Kesemua peserta yang bertanding diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juru profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selaku juri tetap, manakala Datuk Syafinaz  dan Mamat Khalid sebagai juri jemputan.

Biarpun diadakan tanpa kehadiran penonton sebagai langkah pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, konsert GV7 minggu keenam tetap berlangsung meriah.

GV7 yang dihoskan pasangan pengacara serasi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104), setiap Ahad, jam 9 malam bermula 11 Oktober lalu.

Kedudukan peserta pada konsert minggu suku akhir

  1. Muss – Seragam Hitam (69.80%)
  2. Linda Nanuwil - Teringin (62.20%)
  3. Ayu Damit – Rahsia Pohon Cemara (60.90%)
  4. Noraniza Idris – Anak Kampung (60.60%)
  5. Oja – Memori Cinta Luka (59.60%)
  6. Ashira – Nur Kasih (56.10%)
  7. Cliff Umar – Pesanan Buat Kekasih (55.70%)
  8. Yantzen – Segalanya Ku Terima (44.50%)

 

(FOTO: Asto)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca