Yatt Hamzah hamil anak keenam pada usia 40 tahun

A
A
A

PELAKON dan aktivis kemanusiaan, Yatt Hamzah meluahkan rasa syukur kerana diberikan kesihatan yang baik dan berpeluang untuk hamil buat kali keenam pada usia 40 tahun.

Menurut Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah berkata, usia kandungannya kini sudah mencecah lima bulan, bagaimanapun dia belum mengetahui jantina anak dalam kandungannya itu.

“Alhamdulillah kehamilan ke-6 pada usia 40 tahun. Alhamdulillah Allah bagi sihat, kuat dan cergas.

“Walaupun kadang-kadang tak larat dan asyik sakit pinggang je. Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil…

“Pada usia kandungan 20 minggu (5 bulan) patutnya dah boleh tahu jantina baby kan. Rasanya baby girl lagi ke atau boy kali ni?

“Apa pun ALLAH bagi bonda (Yatt) OK je Alhamdulillah.. Tak tahulah abahnya..,” kongsi Yatt menerusi akaun Instagram miliknya.

Yatt bersama empat anak perempuannya.

Tambah Yatt, dia dijangka akan bersalin pada Julai depan.

Yatt mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Zulfahdi Khairuddin pada Februari 2016. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Median, 3, dan Suci Hawa Zulaikha, setahun.

Pada September tahun lalu, Yatt memaklumkan dia mengalami keguguran kerana keracunan makanan dan janin tersebut diberikan nama Muhamad Abdullah.

Selain itu, menerusi perkahwinan terdahulu Yatt mempunyai seorang lagi anak perempuan, Suci Hanania Malika, 11.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca