Yonnyboii nyanyikan OST Raya And The Last Dragon bersama Raisa, Matthaios dan SPRITE

OST Raya And The Last Dragon
OST Raya And The Last Dragon
A
A
A

SEMPENA  meraikan filem Raya And The Last Dragon, terbitan Walt Disney Animation Studios yang pertama kali menginspirasikan budaya Asia Tenggara, , empat penyanyi  terkenal dari rantau ini dipilih menyanyikan lagu runut bunyi filem tersebut, Trust Again.

Kolaboratif tersebut menyaksikan gabungan Yonnyboii dari Malaysia, Raisa (Indonesia), Matthaios (Filipina) dan SPRITE (Thailand).

Trek dwibahasa yang mengangkat tema kepercayaan dan persahabatan itu mendapat inspirasi dari negeri fantasi, Kumandra dan pengembaraan raya seorang puteri yang mengambil semangat pelbagai budaya di negara Asia Tenggara.

Kerjasama muzik tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di rantau ini dan menjadi tonggak penting komitmen Disney untuk bekerjasama dengan bakat tempatan, sekali gus membawa kandungan hiburan berkualiti kepada penonton di Asia Tenggara.

Trust Again, pada dasarnya meraikan budaya pelbagai yang membentuk rantau Asia Tenggara. Malah nyanyian setiap penyanyi yang terlibat dalam lagu itu mewakili budaya dan identiti negara masing-masing.

Lebih menarik, karya tersebut juga menampilkan alat muzik etnik Asia Tenggara seperti Seruling, Perkusi Etnik, Bungkau atau Hap Rahang, Angklung, Gamelan dan Suling Sunda.

Mastering untuk lagu ini mendapat sentuhan daripada Chris Athens, yang juga merupakan pemenang Anugerah Grammy.

Lagu Trust Again akan dilancarkan bersama-sama dengan video liriknya pada 12 Mac ini, diikuti dengan video muzik yang menampilkan keempat-empat penyanyi terlibat pada akhir Mac depan.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca