Zali Rusli tidak mahu dibayangi populariti abang

ZALI RUSLI - HAQIEM RUSLI
ZALI RUSLI - HAQIEM RUSLI
A
A
A

MENGIKUT jejak langkah abangnya, Haqiem Rusli yang berjaya mencipta nama dalam industri pada usia masih muda, pendatang baharu, Zali Rusli, 15, memberanikan diri berkongsi bakatnya kepada umum.

Mempertaruhkan single pertama, Pewangi, sebuah karya ciptaan oleh Haqiem Rusli dan Ibnu, Zali mengharapkan agar kehadirannya diterima baik peminat muzik tanah air.

“Saya meletakkan harapan tinggi pada lagu ini dan dalam masa sama berharap agar pendengar tidak membandingkan saya dengan Haqiem.

“Lagu Pewangi ini saya sampaikan dengan cara nyanyian sendiri dan tidak terpengaruh dengan cara nyanyian Haqiem walaupun lagu tersebut dicipta oleh dia,” ujar Zali.

Meskipun begitu, Zali berkata, jika ada peluang, dia berhasrat untuk berkongsi pentas dengan Haqiem.

“Sebelum ini saya sering mengikuti dan menonton persembahan Haqiem  sehinggakan timbul rasa teruja untuk turut beraksi.

“Saya juga menyimpan hasrat untuk berkongsi pentas dengannya suatu hari nanti,” akuinya yang bernaung di bawah label FMC Music.

Dalam pada mengejar impian untuk sukses dalam bidang nyanyian, Zali yang merupakan pelajar tingkatan tiga itu, berjanji tidak mengabaikan pelajarannya.

“Setelah dilamar oleh syarikat rakaman FMC Music, saya dikenakan syarat oleh kedua ibu bapa agar tidak mengabaikan pelajaran.

“Malah abang saya juga mempunyai pendirian sama biarpun dia memberikan sokongan penuh untuk saya terlibat dalam bidang seni.

“Pelajaran tetap akan menjadi keutamaan saya,” tegas Zali.

Sementara itu, Haqiem mengharapkan agar single Pewangi dapat menjadi permulaan baik untuk Zali dalam dunia nyanyian.

“Sebagai abang, saya memberikan galakan sepenuhnya kepada Zali untuk menceburi bidang muzik.

“Bukan sahaja sebagai penyanyi, tetapi banyak lagi perkara baharu tentang muzik yang dia boleh belajar termasuk penghasilan lagu dan sebagainya,” katanya.

Single Pewangi dilancarkan pada 2 Oktober lalu dan kini boleh didengari di semua platform streaming seperti Joox, Spotify, Deezer dan lain lain. Manakala muzik video lagu itu boleh ditonton di saluran YouTube FMC Music.

 

(FOTO: FMC Music)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca