PELAKON Zamarulhisham selamat menimang cahaya mata ketiga, apabila isterinya, Diana Rafar melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, pada malam Jumaat lalu.

Zamarul, 49, menerusi perkongsian di laman Instagramnya semalam, berkata, bayi yang lahir dengan berat 3.57kg itu amat bermakna buatnya dan keluarga.

“Syukur alhamdulillah. Hari Jumaat, jam 11.33 malam, lahirlah seorang putera seberat 3.57kg, di Avisena Women’s and Children Specialist Hospital.

“Kelahiran yang bakal menceriakan lagi keluarga kami. Terima kasih Allah atas rezeki yang kau berikan.

“Terima kasih wahai anakku kerana kelahiranmu membuatkan papa terasa semakin muda,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, kata Zamarul, cahaya mata ketiganya itu sepatutnya dijangka lahir pada Rabu, 16 September, namun akhirnya selamat dilahirkan dua hari kemudian.

“Terima Kasih kepada pengikut yang sentiasa mendoakan Diana. Ingatkan baby nak lahir 16hb, rupa-rupanya dia nak hari Jumaat juga.

“Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan,” luahnya penuh syukur.

Iklan

Berita tersebut disambut dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan pengikutnya di laman Instagram dengan memenuhi ruangan komen hantaran tersebut dengan ucapan tahniah dan doa.

Zamarul dan Diana mendirikan rumah tangga pada 2009 dan dikurniakan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 10, dan Kayla Reysha, 3.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Zamarulhisham)