PASANGAN selebriti Hollywood, Zayn Malik dan Gigi Hadid telah selamat menimang cahaya mata perempuan pada Rabu lalu.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Zayn, 27, menerusi akaun media sosial miliknya.

“Anak perempuan kami selamat dilahirkan, sihat dan cantik. Sukar untuk saya jelaskan perasaan saya pada ketika ini.

“Rasa sayang saya pada si kecil ini sukar untuk diterjemahkan. Saya gembira dengan kelahiran puteri saya serta bersyukur dengan kehidupan mendatang yang akan kami jalani bersama,” tulisnya berserta gambar jari jemari anaknya.

Sementara itu Gigi pula menyifatkan kehadiran cahaya mata perempuannya itu mengubah hidup mereka.

“Anak perempuan kami telah selamat dilahirkan dan dia sudah mengubah kehidupan kami,” ujarnya.

Iklan

Bekas ahli kumpulan One Direction itu mula berpacaran dengan Gigi, 25, sejak lima tahun lalu.

Mereka berkenalan pada majlis peragaan Victoria’s Secret 2015 dan Zayn mengambil langkah pertama mengajak Gigi keluar bertemu janji selepas itu.

Iklan

Bagaimanapun, mereka berpisah pada Januari 2019 dan kembali bersama pada Disember tahun sama.

https://www.instagram.com/p/CFgSR7mHV7y/?utm_source=ig_web_copy_link