Ziarah ibu sakit di Singapura, Aaron Aziz jalani kuarantin selama tujuh hari

Aaron Aziz
Aaron Aziz
A
A
A

PELAKON Aaron Aziz kini sedang menjalani kuarantin selama tujuh hari, sebelum dibenarkan pulang ke rumah keluarganya di Singapura.

Difahamkan Aaron pulang ke Singapura untuk menziarahi ibunya yang sedang sakit. Berita tersebut dikongsi bintang filem Ombak Rindu itu menerusi laman Instagramnya semalam.

“So it begins... Quarantine...,” tulis Aaron ringkas sebagai kapsyen pada sekeping fotonya yang memakai gelang kuarantin.

Menjawab pertanyaan rakan-rakan dan pengikutnya di ruangan komen hantaran tersebut, Aaron berkata, dia perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari setelah tiba di Singapura dan apabila pulang ke Malaysia pula menjalani kuarantin selama 14 hari.

Sementara itu, isteri Aaron, Diyana Halik turut berkongsi perkara sama dengan menitipkan doa agar ibu mertuanya kembali sembuh.

“May Allah SWT grant you fast recovery Mummy. Love u. @aarondwiaziz.

“As’alullahal-‘Adhima Rabbal-‘Arsyil-‘Adhimi ‘an yasyfiyaki. Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau,” tulisnya.

 

(SUMBER & FOTO: Instagram Aaron Aziz & Diyana Halik)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca