Zulin Aziz jadikan lukisan sebagai terapi, dapat pujian ramai

Untitled design (6)
Untitled design (6)
A
A
A

MASA terluang yang ada disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) digunakan sebaiknya oleh pelakon Zulin Aziz untuk belajar melukis secara digital.

Menurut Zulin, 32, dia baharu sahaja belajar melukis menggunakan aplikasi Proceate di iPad miliknya.

“Sebelum ini saya melukis atas canvas. Banyak lagi nak kena belajar sebab saya memang tak pernah langsung buat digital art.

“Saya belajar di Youtube, baru seminggu saya belajar. Insya-ALLAH dari masa ke semasa saya perbaiki lagi lukisan saya,” ujarnya.

Tambah Zulin, dia juga menjadikan hobi baru ini sebagai satu terapi.

“Melukis ini adalah salah satu terapi diri. Terima kasih kepada semua yang menyokong hobi saya.

Saya budak baru belajar.

"Setiap lukisan mengambil masa yang berbeza. Contohnya lukisan Datuk Siti, saya ambil masa lebih satu jam untuk menyiapkannya,” kongsinya menerusi Instagram.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zulin berkongsi beberapa hasil potret lukisan digitalnya yang terdiri daripada wajah rakan selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Vida, Erra Fazira, Ziana Zain, Pretty Zinta dan ramai lagi.

Dalam pada itu, menerusi temu bual bersama mStar, Zulin mengakui menerima banyak permintaan daripada rakan artis dan peminat yang mahu dia melukiskan wajah mereka.

Bagaimanapun buat masa ini, penyanyi lagu Jadikan Aku Yang Halal itu belum bersedia mengambil sebarang tempahan.

“Banyak lagi yang perlu saya pelajari. Saya selalu melukis sebelum tidur sebab itu sahaja masa yang saya free.

“Kiranya PKP kali ini saya lihat daripada sudut positif juga, di mana saya dapat belajar benda baharu,” katanya yang mengakui lukisan digital tidak ‘renyah’ berbanding lukisan kanvas.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca