PELAKON dan usahawan, Zul Yahya mengikut jejak langkah Datuk Rosyam Nor apabila membuka sebuah pasaraya sendiri.

Bagaimanapun, Zul menerusi Instagramnya memaklumkan, pasaraya miliknya iaitu Zulyahya Mart, beroperasi di Ipoh, Perak.

“Masya-Allah, kami (saya) belum baik, baru belajar korbankan sikit-sikit untuk perkara baik. Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa korbankan diri, masa dan harta untuk kehidupan agama.

“Berniaga perlukan usaha, tawakal dan doa yang tidak putus-putus. InsyaAllah,” ujarnya.

Iklan

Sementara itu, dalam entri berbeza, pelakon yang sebelum itu dikenali menerusi drama Supermak memaklumkan, dia menubuhkan pasaraya itu agar dapat membantu dan berkongsi rezeki dengan saudara seagama.

Iklan

Rata-rata pengikut dan rakan artis tumpang berbangga dengan usaha Zul dan berharap pasaraya tersebut berkembang dengan maju.