Ayam Epik menu baharu Marrybrown. Gabungan rempah-ratus tempatan dengan cita rasa pedas & rangup bangkitkan selera ramai!
AYAM Epik. Bunyinya pun dah tertarik, apatah lagi jika dapat menikmati sajian dengan cita rasa pedas dan rangup yang diinspirasikan daripada hidangan mamak kegemaran ramai.
Menu baharu yang diperkenal Marrybrown® itu menawarkan kerangupan salutan dalam setiap gigitan dengan gabungan aroma bijirin dan rempah ratus segar seperti lada, serbuk kari, jintan manis, ketumbar, bawang merah, bawang putih dan banyak lagi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®, Daniel Chan, pihaknya berbangga menjadi jenama Malaysia dan memahami kenikmatan hidangan tempatan yang dekat di hati.
"Kami sentiasa berusaha dan terus berinovasi dalam membawakan pengalaman berbeza untuk pelanggan.
"Hidangan Ayam Epik ini mengamit nostalgia kepada aneka hidangan tempatan yang digemari oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan umur. Ia menunjukkan komitmen kami untuk memenuhi cita rasa pelanggan kami," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Ayam Epik di cawangan Marrybrown seksyen 18, Shah Alam.
Tersedia untuk masa yang terhad, penggemar ayam rangup pedas juga boleh menikmati keunikan rasanya menerusi Kombo Ayam Epik 2-pc, Nasi Kari Ayam Epik atau Box Meal bermula 11 November ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang