Ayam goreng garing, pedas menyengat pasti membuatkan anda teringat

No Image Caption
A
A
A

AYAM yang digoreng garing, disalut dengan sambal pedas menyengat hingga ke tekak, namun tetap menggoda selera. Ia bukan sekadar pedas biasa, ia menghidangkan keseimbangan sempurna antara rasa berempah, pijar, dan aroma yang membangkitkan selera.

Setiap suapan membuatkan anda ingin lagi dan lagi, walaupun peluh membasahi dahi tidak dihiraukan terutama bagi penggemar hidangan tersebut.

Kombinasi tekstur rangup, sambal yang kaya rasa, dan kehangatan yang sukar dilupakan.

Memang menangkap selera, kan!

Mungkin ada yang keliru, apa bezanya antara hidangan ayam gepuk dengan ayam penyet?

Kedua-duanya sama sahaja kerana dihidangkan bersama sambal, tauhu dan tempe goreng namun yang membezakannya tentu sekali rasa ayam serta sambal. Bagi peminat makanan pedas dan berasaskan resipi dari negara seberang, pastinya jenama Ayam Gepuk Pak Gembus menjadi pilihan utama setiap kali makan tengah hari atau pun makan malam.

No Image Caption

Rasa sambal hidangan tersebut berbeza dan tampil dengan keenakan tersendiri.

Bukan itu sahaja, ramuan yang digunakan untuk perapan ayam juga tidak sama dengan yang lain.

800 cawanganSekadar makluman, hidangan yang dibangunkan pada tahun 2013 oleh Rido Nurul Adityawan itu kini mempunyai lebih 800 cawangan di Indonesia.

Kewujudan food truck untuk beberapa kawasan yang terpilih adalah perancangan yang tepat bagi memastikan tiada siapa yang terlepas untuk merasa keenakan ayam gepuk berkenaan.

Bukan itu sahaja, Pak Gembus Malaysia juga terkenal dengan sentuhan unik dan moden terhadap makanan Indonesia yang dinaik taraf serta di sesuaikan dengan selera rakyat Malaysia.

Mula bertapak di negara ini pada tahun 2017, kini dengan 71 cawangan keseluruhannya, Ayam Gepuk Pak Gembus mengumumkan secara rasmi bahawa mereka telah menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sijil halalMenurut Ketua Pegawai Operasi Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia., Zulkarnain Mohd Yusof, bermula dengan 12 cawangan sebagai permulaan, jenama itu menyasarkan 50 cawangan seterusnya untuk memperoleh sijil halal.

No Image Caption

“Selepas berjaya memperoleh pensijilan halal untuk Central Kitchen pada tahun 2024, kini kami telah kembangkan pensijilan ini ke peringkat cawangan pula," ujarnya.

Mereka juga merupakan jenama ayam gepuk pertama yang telah menerima sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pihak syarikat amat bersyukur dan berterima kasih kepada JAKIM atas sokongan yang diberikan sepanjang proses mendapatkan sijil halal ini.

Kepercayaan yang diberikan ini membuktikan bahawa Pak Gembus sentiasa berusaha memastikan setiap hidangan memenuhi piawaian yang ketat. Ia sekali gus memberi jaminan kepada setiap pelanggan setia.

Setakat ini cawangan yang telah menerima sijil halal ialah Saujana Utama 3, Puncak Alam, Setiawangsa, Putra Heights, Semenyih, Bandar Seri Putra, Kajang, Kampung Pandan, NeoCyber, Bandar Baru Nilai, Seremban 3 dan Bandar Enstek.

Bagi cawangan yang lain, pelanggan tidak perlu risau kerana semua bekalan makanan ke semua cawangan adalah dari Central Kitchen sama yang telah diperakui halal sebelum ini.

Pada masa sama, jenama berkenaan menyasarkan pembukaan lebih 40 cawangan baharu yang berpiawaian halal pada tahun 2025.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang