Kaya dengan rasa coklat! Cikgu ini kongsi resipi lengkap buat puding biskut marie
Bagi yang gemar kandungan masakan atau lebih tepat pencuci mulut, mesti mengenali pempengaruh dan juga seorang cikgu, Mr Ali.
Boleh dikatakan semua pencuci mulut yang dibuat oleh beliau sememangnya menarik perhatian ramai.
Baru-baru ini, Mr Ali ada berkongsi satu resipi yang mudah dan pastinya enak terutamanya jika dimakan ketika sejuk, iaitu puding biskut marie.
Sekali pandang, puding tersebut dilihat seperti kek batik biskut marie. Malah, dengan melihat rupanya sahaja boleh bayangkan pencuci mulut itu semestinya kaya dengan rasa coklat dan lengkap rasa lemak manisnya.
Bagi yang ingin mencuba, boleh tengok resipi di bawah ya!
Resepi Puding Biskut Marie by Mr. Ali
Bahan-bahannya:-
- 4 cawan air (1 liter)
- seketul kecil gula batu (optional) - BELI SINI
- 10g serbuk agar agar- BELI SINI
- 150g gula- BELI SINI
- 70g serbuk koko- BELI SINI
- 30g serbuk minuman coklat (optional)- BELI SINI
- 150g dairy whipping cream atau boleh ganti dengan susu cair- BELI SINI
- 1 biji telur gred A
- sedikit garam- BELI SINI
- sedikit essen vanila- BELI SINI
- biskut marie- BELI SINI
- 60g milk chocolate- BELI SINI
- Loyang 8 inci- BELI SINI
Cara-caranya:-
- Masukkan kesemua bahan kecuali milk chocolate & biskut marie
- Kacau guna api perlahan. Kacau sampai mendidih
- Matikan api dan masukkan milk chocolate, iaitu coklat bar yang kosong tanpa filling dan juga bukan jenis truffle agar adunan tak berketul.
- Sambung kacau selama 3 minit
- Tuang separuh adunan. Lepas 5 minit baru susun biskut marie
- Sejukkan selama 5 minit lagi dalam peti dan tuang sedikit adunan tadi bagi hapus biskut marie. Tunggu 5 minit dan baru susun biskut marie lapisan kedua
- Tuangkan baki adunan dan sejukkan selama 4-5 jam di dalam peti
- Dah siap dan boleh makan. Rasa pahit-pahit coklat. Selamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang