BAGI mencari seorang wanita yang boleh dijadikan  inspirasi serta idola kepada wanita lain, Anugerah Wanita Ikon Malaysia (AWIM) 2022 telah dianjurkan oleh Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Presiden KWIM, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed berkata, Wanita Ikon yang bakal dipilih mestilah terdiri daripada mereka yang mampu menjalankan aktiviti-aktiviti pemerkasaan wanita dalam komuniti.

Selain itu, mereka juga boleh mengenal pasti keperluan atau permasalahan yang dihadapi oleh wanita dan mencari jalan penyelesaian.

“Mereka juga berperanan sebagai wanita contoh serta idola kepada wanita lain dalam menyuntik semangat dalam memajukan diri dan masa depan,” ujarnya pada sidang media sempena AWIM 200 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Normaziah berkata, cara pengadilan untuk merebut gelaran Wanita Ikon Malaysia 2022 nanti akan dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu 50 peratus adalah daripada juri profesional dan 50 peratus lagi daripada undian umum.

Undian umum dibuka mulai 14 September lalu hingga 10 Oktober depan dan ditutup secara rasmi tepat pukul 12 tengah malam.

Pemenang bakal membawa pulang hadiah wang tunai tajaan KWIM sendiri, barangan kemas tajaan Habib Jewels.

Turut serta dalam penajaan anugerah tersebut ialah Wardah Cosmetics Malaysia.

Berdasarkan rekod, pencarian Wanita Ikon telah bermula di peringkat negeri sejak Mac lalu.

Iklan

Pencalonan tahun ini menyaksikan sambutan hebat dalam kalangan wanita berkerjaya termasuklah yang berkerja sebagai doktor, polis, kontraktor, usahawan berjaya dan sebagainya.

Seramai 242 pencalonan telah diterima dengan 73 calon telah berjaya ke peringkat saringan pertama.

Daripada jumlah tersebut, 42 calon terpilih ke peringkat akhir.

Iklan

Hanya 10 orang terpilih yang merupakan  pemenang Wanita Ikon Negeri yang juga finalis bakal bertanding untuk merebut satu gelaran di peringkat nasional yang bakal berlangsung pada 20 Oktober ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan