12 tahun 'single mom', azam cuma nak besarkan anak. 2 anak raih ijazah berganda, luahan Che Ta undang sebak!

A
A
A

12 tahun 'single mom', azam cuma nak besarkan anak. 2 anak raih ijazah berganda, luahan Che Ta undang sebak!

SIAPA yang tidak kenal dengan selebriti dan usahawan cantik manis, Rozita Che Wan. Penampilannya yang sentiasa vouge, membuatkan ramai yang jatuh suka.

Setiap kali berkongsi gambar mahupun video menerusi laman Instagramnya, pasti meraih perhatian ramai.

Baca ni Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

Beliau juga antara selebriti yang tidak lokek berkongsi kehidupan peribadinya dalam media sosial.

Ini termasuklah pencapaian yang diperoleh anak-anaknya dalam pelajaran.

Awal bulan lalu, anak kedua beliau, Aniq Ezra berjaya menamatkan pelajaran dan mendapat ijazah sarjana muda berganda dari Taylors University.

Terbaharu, anak sulungnya iaitu Ammar Effendy turut menamatkan pengajian dengan mendapat ijazah sarjana muda berganda dari universiti yang sama.

Menjengah ke ruangan kapsyen, beliau yang mesra dengan panggilan Che Ta, berkongsi rasa syukur dan terharu di atas pencapaian cahaya matanya dalam pelajaran.

Kata anak kelahiran Jelapang Padi itu lagi, sepanjang bergelar ibu tunggal selama 12 tahun ketika itu, beliau hanya memikirkan yang terbaik buat anak-anak.

“Alhamdulillah syukur, ALLAH bagi saya anak-anak yang cerdik dan mudah untuk saya bela.

“12 tahun jadi single mom ketika itu, dalam kepala otak cuma ada azam nak besarkan anak-anak dan bagi yang terbaik sahaja untuk mereka. Tiada langsung fikir untuk diri sendiri,” ungkapnya lagi.

Empunya diri jujur mengakui, tidak mudah untuk mencari rezeki sementelah dengan gelaran ibu tunggal yang digalas pada masa itu.

Pun demikian, beliau bersyukur kerana ALLAH permudahkan segalanya buat dirinya dan keluarga.

“Mereka dapat masuk Maktab Rendah Sains Mara. Kemudian, upgrade masuk Kolej Yayasan Saad (KYS), kemudian dapat straight A’s, dan masuk Taylors University.

“Untuk kami yang tiada pendapatan tetap, waktu mahu bayar yuran KYS memang mencanak juga cari duit, tetapi ALLAH permudahkan segalanya. Hari ini syukur Ammar Effendy pulak dah grad! Double degree dalam tangan,” kongsi Che Ta yang turut memuat naik gambar bersama anak-anaknya.

Alhamdulillah, terharu SinarPlus baca perkongsian Che Ta. Pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak-anak sendirian akhirnya membuahkan hasil. Tahniah Che Ta dan anak-anak!

Sumber: rozitachewan1

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca