SEPANDAI-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Demikian peribahasa yang sesuai menceritakan kisah penjenayah ini yang akhirnya ditahan selepas 19 tahun dalam buruan pihak berkuasa.

Tempoh 19 tahun sangat panjang. Justeru, tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana dia akhirnya jatuh ke tangan pihak berkuasa.

Setelah hampir 20 tahun diburu, lelaki berkenaan dikatakan pernah berjaya meloloskan diri daripada sekatan jalan raya.

Berikut ialah kronologi kejadian penangkapan seperti dilaporkan Bernama.

1-Lelaki berusia 38 tahun itu bekerja sebagai penarik kereta.

2-Dia ditemui dalam keadaan khayal berdekatan dengan keretanya di tepi jalan Kampung Kubang Endang, Bechah Keranji dekat Melor di Kota Bharu baru-baru ini.

3-Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat lelaki berkenaan merupakan penjenayah yang diburu polis sejak 2003.

4-Polis turut menemukan dua bilah pedang samurai dan plastik putih mengandungi dua liter cecair disyaki dadah, selain dua unit telefon bimbit jenama Nokia dan Iphone 5s selepas memeriksa kereta Honda Civic milik suspek.

5-Difahamkan, polis turut merampas sepucuk pistol semi auto jenama Zaroki serta dua kelopak peluru berisi 10 butir peluru selepas menahannya.

Iklan

Baca juga: Saintis rekod kilat terpanjang di dunia, hampir 800 kilometer, rentasi 3 buah negeri

6-Ia didakwa dibeli oleh lelaki itu daripada seorang lelaki Thailand awal September lalu dengan harga RM2,200.

7-Dalam serbuan ke atas rumah suspek, polis turut merampas 10,000 pil jenis Epam bernilai RM30,000 serta wang tunai RM54,000 dipercayai wang hasil dadah.

8-Lelaki berkenaan pernah meloloskan diri ketika Sekatan Jalan Raya di Gua Musang ada tahun 2003.

9- Ketika itu, dia turut meninggalkan kad pengenalannya selepas diminta pihak polis.

Iklan

10-Suspek ditahan reman selama seminggu bermula semalam dan disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Baca juga: Lancar, Tak Sangkut, Lelaki Kongsi Tip Tampal Pelekat RFID Pada Nombor Plat

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Bernama