SELAMA 20 hari terpisah daripada keluarga, wanita yang menjadi mangsa kes penculikan akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Kisah penculikan Rosnazirah Mohd Naim. 36, menjadi perhatian ramai mata selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kediamannya berdurasi dua minit 51 saat memaparkan insiden berkenaan beredar di laman sosial.

Dalam perkembangan terkini, wanita berkenaan telah diserahkan polis kepada ahli keluarganya.

Situasi sebak menyelubungi apabila Rosnazirah disambut dengan air mata kegembiraan kedua ibu bapa dan anggota keluarga, termasuk anak perempuannya yang berusia 13 tahun.

Baca juga: 16 hari penuh debaran, wanita ejen kosmetik diculik akhirnya pulang ke Malaysia, berikut kronologinya

Kredit foto: Bernama

Ketua Poli s Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun dan pegawai-pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan turut hadir dalam upacara penyerahan berkenaan. Berikut lima info mengenainya:

1-Datuk Muhamad Zaki berkata dengan penyerahan mangsa kepada keluarganya, kes dianggap sudah selesai.

2-Kejayaan menyelesaikan kes penculikan itu menunjukkan kesepaduan masyarakat dalam menangani permasalahan seperti itu.

3-Beliau menyifatkan kejayaan berkenaan hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan, Bukit Aman dan rakan setugas dari negara jiran.

4-“Kita tahu mangsa ditahan penculik melebihi 20 hari dan mungkin pengalaman dialami mangsa meninggalkan kesan emosi dan kejutan kepadanya. Sebaiknya kita berilah ruang kepadanya dan keluarga buat masa sekarang,” kata Muhamad Zaki.

5-Jelasnya polis akan terus membantu mangsa termasuk bantuan dari segi psikologi dan berharap agar masyarakat tidak memperkatakan hal yang negatif melibatkan mangsa.

Baca juga: Luluh hati ibu anak diculik depan mata, polis percayai berkait sindiket dadah, dibawa ke negara jiran

6-“Apa yang penting kita berikan ruang kepada mangsa dan keluarga untuk menenangkan diri,” katanya.

7-Katanya orang ramai perlu mengambil iktibar daripada kejadian itu dan berharap perkara sama tidak menimpa kepada individu lain.

Kredit foto: Sinar Harian

Dalam kejadian 13 Sept lepas, wanita itu diculik oleh beberapa lelaki dari rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat pada jam 5.10 petang.

Beliau disyaki dilarikan ke negara jiran melalui pangkalan haram di Kuala Jambu, Tumpat ekoran penemuan kereta yang digunakan suspek.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, dalam kenyataan sebelum ini berkata mangsa diselamatkan melalui kerjasama dan perkongsian maklumat dan perisikan antara PDRM dengan Polis Diraja Thailand yang berjaya mengesan lokasi keberadaan mangsa di negara itu.

Iklan

Warga maya rata-rata turut sebak dengan insiden yang menimpa Rosnazirah dan mengucapkan syukur atas kepulangannya.

– “Alhamdulillah, syukur. Bagai mati hidup semula..”

– “16 hari bukan waktu yang pendek utk melalui situasi genting begitu. Semoga terus dipermudahkan urusan. Tahniah buat PDRM.”

– “Alhamdulillah Syukur Ya ALLAH, turut merasa sebak. Semoga kita semua dilindungi dan sentiasa dalam perlindungan-NYA. Tahniah dan terima kasih kepada PDRM dan seluruh rakyat Malaysia di atas doa-doa.”

– “Umpama mati hidup kembali. Semoga dpermudahkan dan diberi kekuatan.”

– “Alhamdullilah, ssemoga ALLAH merahmati. PDRM sangat pantas dalam menjalankan tugas berkolaboratif dengan polis negara lain. Tahniah PDRM dan terima kasih PDRM atas pengorbanan dan jasa kalian curahkan.”

Iklan

– “Syukur Alhamdulillah diberi peluang bersama orang-orang yang tersayang.”

Baca juga: 5 kes tragis culik, bunuh kanak-kanak menyayat hati pernah berlaku di Malaysia

Baca juga: Kes remaja, wanita dan kanak-kanak hilang sering berlaku, ini prosedur melaporkan

Sumber: Bernama, Facebook Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi