HANYA dengan sekelip mata, Covid-19 kini mengubah wajah kehidupan masyarakat dunia. Ia adalah satu musibah yang mampu menyerang tidak mengenal siapa sahaja sebagai mangsanya.

Baru-baru ini, seramai 56 orang, termasuk 22 orang bayi, di rumah perlindungan Baitus Solehah bagi ibu-ibu tunggal di Skudai, Johor terpaksa menjalani ujian saringan Covid-19 dan didapati kesemuanya positif.

Mereka yang didapati positif telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan dan menjalani tempoh kuarantin.

Kesemua mereka ditempatkan di Hospital Kluang, Hospital Permai dan Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Menerusi catatan pengurus Baitus Solehah, Muna Liza Ismail di laman Facebook rasmi mereka berkata, jangkitan itu termasuk 22 orang ibu dan bayi-bayi mereka.

Menurut Muna Liza, Ibu-ibu itu berusia antara 15 dengan 32 tahun manakala bayi mereka dalam lingkungan usia 10 hari hingga setahun.

Iklan

“Kes positif Covid-19 dalam kalangan mereka di rumah perlindungan itu disahkan selepas pihak pengurusan menerima panggilan telefon daripada pihak berkuasa kesihatan pada Isnin lalu memaklumkan bahawa beberapa penghuni di sini positif.

“Mereka menjalani ujian saringan Covid-19 pada Sabtu lalu selepas seorang penghuni menunjukkan simptom-simptom jangkitan,” tulisnya di Facebook.

Hari ke 6: Baitus Solehah dan Covid 19
.

Berita dukacita

Pengurus, suami pengurus, tukang masak, pemandu, Saad,…

Posted by Baitus Solehah on Monday, 1 February 2021

Rumah perlindungan itu sudah beroperasi sejak 2013 dan menempatkan ibu-ibu tunggal dari merata Malaysia termasuk juga Sabah dan Sarawak.

Baitus Solehah menyediakan tiga rumah perlindungan bagi wanita, termasuk satu yang dijadikan dormitori bagi ibu-ibu muda yang tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing kerana Perintah Kawlaan Pergerakan (PKP).

Iklan

“Dari mana sumber Covid-19 itu boleh singgah di Baitus Solehah masih dalam siasatan pihak kami.

“Kami tidak keluar kemana mana, hanya ke klinik dan hospital untuk menerima rawatan. Kami di sini juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan ketat.

“Tambahan pula kami tidak membenarkan sebarang pelawat untuk datang berkunjung sementara pihak yang datang untuk mendermakan barangan atau hantar sumbangan juga diminta meletakkan barangan mereka di luar pagar rumah,” katanya.

Kakitangan Baitus Solehah juga sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan semua penduduk tidak berasa terkejut apabila ambulans datang mengambil mereka untuk dihantar ke Hospital.

“Penting untuk menjaga kesihatan dan emosi mereka, lebih-lebih lagi ibu-ibu yang hamil dan menyusukan anak.

“Moga Allah jaga kami di dalam rahmatNya,” pohon beliau kepada Yang Maha Esa.

Kronologi Covid Positif
.

27/01/2021, pukul 8.20 pagi seorang pelatih , Saya labelkan sebagai Miss S tidak sehat….

Posted by Baitus Solehah on Friday, 29 January 2021