TAHUN ini, Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) meraikan kegembiraan berganda apabila menyambut kelahiran tiga orang bayi pada Tahun Baharu Cina.

Bagi pasangan Jill Wee Li Queen, 31 dan K. Jeeva Reuben, 30, anak lelaki kedua mereka ini ibarat satu kejutan yang menggembirakan pada Tahun Baharu Cina kerana lahir dua minggu lebih awal daripada jangkaan.

“Kami sebenarnya sibuk mengemas rumah pada malam sebelum Tahun Baharu Cina sebelum kelahiran bayi ini. Agaknya sebab terlalu sibuk sehingga mencepatkan proses kelahiran,” kata Jill Wee.

“Malam tersebut, kami tidur dan tak disangka-sangka air ketuban saya pecah pada pukul 3 pagi!”

“Sebenarnya kami berasa panik seketika kerana waktu itu, kami hanya sempat mengemas persalinan baju kami sendiri.

“Nasib baik perintah kawalan pergerakan (PKP) sudah dilonggarkan sedikit. Apa lagi, terus saya bergegas ke pusat membeli-belah untuk membeli barang keperluan bayi termasuklah botol susu, puting, lampin dan lain-lain,” kata K. Jeeva Reuben sambil tertawa.

Hospital Pantai Kuala Lumpur sambut kegembiraan bergandaKelahiran bayi mereka pada 12 Februari 2021 seberat 2.42 kg ini amat menggembirakan kerana Jill melahirkannya secara normal tanpa sebarang komplikasi.

“Kami juga gembira kerana tarikh ini sangat cantik, 12.2.21, satu palindrome dan jatuh pula pada tarikh bertuah, Tahun Baharu Cina. Mungkin dia akan mendapat banyak duit raya tahun ini!,” katanya lagi.

Pasangan ekspatriat

Bagi pasangan ekspatriat dari Rajasthan, India, Sarooj Poonia, 33 dan suaminya, Surendra Kumar, 38 yang turut menimang cahaya mata lelaki yang lahir pada 13 Februari 2021 pada pukul 3.32 pagi dengan berat 3.0 kg.

“Kami sudah menetap di Malaysia sejak lebih 3 tahun dan kami sangat gembira kerana kami datang dari India, anak kami pula dilahirkan pada Tahun Baharu Cina di Malaysia.

“Bayi kami ibarat Duta Pelancongan Malaysia menerusi slogannya ‘Malaysia Truly Asia’.

“Saya terpaksa melahirkan secara pembedahan kali ini dan saya sangat bersyukur kerana doktor dan jururawat di sini banyak membantu kami sepanjang proses kelahirannya.

Hospital Pantai Kuala Lumpur sambut kegembiraan berganda

Anak lelaki sulung kami yang berusia 8 tahun dilahirkan secara normal sebelum ini. Sebab itu, pada awalnya saya berasa sedikit risau,” kata Sarooj.

Kelahiran ketiga

Beberapa jam kemudian, Wad Bersalin C3 di PHKL menyambil kelahiran bayi Tahun Baharu Cina yang ketiga, seorang bayi perempuan milik Bavani a/p Sivalingam, 36 dan suaminya Thraidevjeet Singh, 36.

Puteri kecil ini merupakan anak sulung mereka, lahir pada 13 Februari 2021 pada pukul 7.18 malam dengan berat 2.87 kg.

“Sebenarnya jangkaan tarikh kelahiran adalah pada 25 Februari dan kami berhasrat untuk menjalani pembedahan ada 18 haribulan apabila kandungan saya berusia 39 minggu. Nampaknya, si kecil ini mempunyai rancangannya tersendiri dan dia mengejutkan kami dengan kelahirannya,” kata Bavani.

Pasangan tersebut telah bersiap sedia lebih awal untuk kelahiran anak perempuan mereka.

Iklan

“Air ketuban isteri saya tidak pecah tetapi dia sudah mengadu sakit daripada kontraksi. Kami mengira kontraksi tersebut dan mengambil keputusan untuk datang ke hospital.

“Nasib baik doktor telah berpesan untuk sentiasa bersedia. Kami pun telah menyediakan beg pakaian kami, cuma perlu zip dan bawa bersama,” kata Thraidevjeet.

Apa yang membuatkan pengalaman ini amat bermakna bagi Bavani adalah dia sendiri dilahirkan di PHKL kira-kira 36 tahun yang lepas.

Hospital Pantai Kuala Lumpur sambut kegembiraan berganda

Dia dan suaminya amat gembira dengan perkhidmatan yang diterima di PHKL.

Iklan

“Ya, Hospital Pantai Kuala Lumpur adalah sebuah hospital bertaraf premium tetapi nilai perkhidmatan yang diterima amat berbaloi.

“Kami sering datang ke sini untuk rawatan dan setiap kali pulang dari hospital, kami tahu yang kesihatan kami terjamin di sini,” tambah bapa baharu tersebut.

Selain daripada kepakaran dalam rawatan Kanser, Jantung, Tulang dan Kecemasan, PHKL juga mempunyai reputasi teguh dalam bidang kesihatan Wanita & Kanak-kanak dalam Lembah Klang menerusi pengiktirafan yang diterima daripada Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) sebagai hospital swasta pertama di Malaysia yang menerima akreditasi Hospital Mesra Bayi.

PHKL juga terus mengamalkan SOP yang ketat terutamanya sepanjang musim pandemik ini yang menjadikannya hospital pilihan pesakit dan komuniti di sekelilingnya.

Selain daripada lokasi strategiknya dalam Lembah Klang, PHKL juga mempunyai tiga ambulans yang sentiasa bersedia untuk keperluan pesakit untuk ke hospital dalam sebarang situasi kecemasan.