BAGAIKAN babak filem Hollywood, demikian yang tercetus di fikiran saat melihat rakaman kamera litar tertutup kejadian ini.

Video kejadian samun pemilik kedai emas di sebuah stesen minyak Lukut, Negeri Sembilan menjadi tular di laman sosial.

Berpantang maut sebelum ajal, biarpun dirompak, pemilik kedai emas berusia 50 tahun itu nekad mengejar dan merempuh kenderaan suspek.

Susulan tindakan beraninya, dua daripada tiga beg berisi emas ditemui semula.

Baca juga: Bersinar Macam Baru Beli, Ini 3 Cara Selamat Cuci Barang Kemas Sendiri

Gambar hiasan

Berikut adalah antara detik cemas kejadian yang dihadapi mangsa dalam kejadian 10.15 pagi itu:

1.Video berdurasi satu minit 15 saat itu memaparkan Toyota Camry dinaiki mangsa berhenti bersebelahan pam petrol.

2. Kenderaan suspek iaitu Mitsubishi ASX dan Honda CRV kemudian dilihat muncul di bahagian belakang dan depan kenderaan itu seolah-olah bertujuan mengelakkan pergerakan kenderaan mangsa.

3. Lima suspek turun dari kenderaan dan dilihat cuba membuka pintu kereta mangsa.

Baca juga: Warganet Bengang, Pemuda Tergamak Belasah Bapa Tiri Tak Dapat Duit Beli Dadah

4. Tiga buah beg berisi barang kemas, sebuah telefon bimbit, wang tunai dan dokumen peribadi milik mangsa sebelum melarikan diri.

5. Bagaimanapun, tindakan pantas pemilik kedai emas itu mengejar kenderaan suspek dan menghimpit Honda CRV hingga menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan serta terbabas sebelum terbalik di bahu jalan di Lukut.

6. Mangsa yang terlajak kemudiannya berpatah balik tetapi kumpulan lima suspek itu berjaya melarikan diri dengan kenderaan rakannya.

Iklan

7. Susulan itu, dua beg berisi barang kemas ditemui semula.

8. Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan pada tangan akibat diacu parang oleh suspek.

9. Selain dua beg emas, set ‘walkie talkie’ ditemui dipercayai digunakan untuk menyamun mangsa.

10. Siasatan polis mendapati Honda CRV berkenan merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang dan disamun pada 25 November lalu di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Pihak polis meminta orang awam atau saksi yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini untuk menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Fatiha Nur binti Hamidus di talian 013-6217365 atau Hotline IPD Port Dickson di talian 06-6462999 dalam membantu pihak polis menjalankan siasatan.

Iklan

Warganet memuji tindakan pemilik kedai emas berkenaan yang bertindak dengan berani. Pun begitu, wujud segelintir yang meluahkan rasa bimbang.

Walau apa pun, sama-samalah kita berhati-hati dan cakna dalam membanteras jenayah.

Baca juga: [VIDEO] Wanita terkejut ‘guard’ ceroboh rumah tengah malam, siap tukar baju, cas telefon

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!