PENDAKWAH Ebit Lew yang baru pulang daripada Misi Kemanusian Batuan Kemanusiaan Gaza Palestin dilaporkan sedang menjalani tempoh kuarantin di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Beliau yang berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menyempurnakan misi tersebut dikatakan membilang hari selepas 55 hari berjauhan daripada isteri dan anak-anak.

Menerusi hantaran di laman sosial, Ebit berusia 36 tahun berkongsi bahawa tempoh kuarantinnya sudah memasuki hari ke-12.

Dimaklumkan, sepanjang tempoh tersebut beliau menjalani tiga kali ujian saringan Covid-19.

“Doakan ye. 55 hari berjauhan dengan keluarga. Hari ke 12 di kuarantin. Lagi 2 hari.

“Test covid syukur negatif. Ujian kali ketiga. Ujian pertama sebelum fly balik. Ujian kedua ketika sampai KLIA. Manakala ketiga pada hari ke-10. Semuanya negatif, jom balik.

“Rindunya pada keluarga. Rindu pada bapak. Rindu sangat pada bidadari. Rindu teramat pada anak-anak,” tulis Ebit.

Aktivis masyarakat itu juga menzahirkan terpaksa menyembunyikan perasaan sebak dan sedih yang bersarang dalam hati.

“Rindu sehingga terpaksa sorok air mata dan sebak masa video call keluarga. Simpan semua rasa dalam-dalam. Cuma senyum ketawa.

“I love you bidadariku. I love you Safiyyah, Rayyan, Qadeejah, Uqashah,” tuturnya.

Selain itu, bapa kepada empat cahaya mata terbabit juga rindu untuk turun padang membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan.

“Rindu berbakti di Malaysia tercinta. Meneruskan perjuangan.

“Setiap hari mendengar berita hati rasa resah. Tak sabar nak bantu. Sebahagian bantuan sedang berjalan oleh team di seluruh Malaysia.

“Ya ALLAH terimalah. Hanya reda-MU yang kami harapkan. Jadikanlah sedikit usaha ini asbab kebaikan,” kongsi beliau lanjut.

Rata-rata warga maya turut bersimpati dengan situasi dialami Ebit dan mendoakan kesejahteraannya.

Iklan

– “Alhamdulillah. Semoga ustaz sentiasa dilindungi oleh-NYA.”

– “Semoga ALLAH merahmati kehidupan ustaz sekeluarga, diberikan kesembuhan kepada ayah ustaz. Ramai rakyat Malaysia menanti bantuan dan sokongan ustaz, moga ustaz dan team terus diberi kekuatan.”

– “Semoga dipermudahkan segala urusan oleh-NYA hendaknya. Amin.”

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sumber: Ebit Lew