PENYANYI Adira Suhaimi adalah antara selebriti yang melakukan prosedur mengikat salur peranakan atau Bilateral Tubal Ligation (BTL).

Ia adalah prosedur memotong, mengikat atau memutuskan tiub Fallopian daripada bersambung dengan rahim agar tidak berlaku persenyawaan antara sperma dengan ovum yang boleh menyebabkan kehamilan secara kekal.

Melahirkan anak keempat pada 2022, pemilik nama Siti Adira Suhaimi, 31, melakukan prosedur berkenaan pada tahun yang sama.

Ujarnya, BTL dilakukan selepas mendapat nasihat daripada pakar sakit puan dan persetujuan daripada suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red.

Baca juga: Rupa-rupanya ini rahsia kulit putih gebu cara Adira Suhaimi. Tetap langsing dan cantik walau sudah punya 4 anak!

“Sebenarnya kalau ikut hukum Islam ia adalah haram.

“Namun ia boleh dilakukan jika ada risiko setelah mendapat nasihat doktor dan persetujuan daripada pasangan suami isteri.

“Ia bukan dibuat secara suka-suka. Apa pun hendak dilakukan, perlu berbincang dan dapatkan nasihat pakar dahulu,” ujar Adira.

Jelasnya lagi, prosedur BTL yang dilakukan ke atas dirinya adalah kekal.

“BTL yang saya lakukan ini perlu ada persetujuan daripada suami yang dicapai menerusi perbincangan.

“Atas nasihat itu juga saya lakukan BTL dan ia tidak boleh dibuka kembali. Ia (tiub Fallopian) kekal (diikat).

“Ia lebih memudahkan. Kalau tengok feed back daripada wanita-wanita yang melakukan BTL, mereka sangat happy,” katanya dalam temu ramah bersama Astro News.

Baca juga: ‘Sedar diri dan tahu kedudukan.’ 8 tahun berpoligami, Adira dedah rahsia hubungan baik dengan madu

Adira yang kini memiliki lebih 784,000 followers dan 11 juta likes di Tiktok serta 1.5 juta di Instagram aktif mencipta kandungan di laman sosial tersebut.

Ternyata pelantun lagu Ku Ada Kamu dan Pujaan Hati itu bijak mengatur content media sosialnya dan sering menghasilkan video yang menghiburkan.

Penyanyi dan ahli perniagaan kelahiran Ranau, Sabah itu mengakui ia dilakukan untuk kekal relevan dan diingati.

Baca juga: Seronok anak ramai tapi biarlah jarak 2 tahun, fikir 6 perkara penting ini sebelum hamil lagi

“Untuk mengejar (tahap) influencer tidak dapatlah. Jadi kita buat cara kita.

“Sekarang ni rugi kalau tak perform di media sosial kerana macam-macam boleh buat. Sangat rugi jika tidak kreatif dan mengambil peluang menggunakannya.

“Apa yang Adira boleh cakap, rezeki anak-anak. Alhamdulillah tak pernah putus.

“Saya tiada niat untuk bersaing dengan sesiapa, hanya buat apa yang hendak dilakukan.

“Asalkan ia tidak memberikan kesan buruk dan tidak mengganggu sesiapa. Agar kekal diingati, itu yang penting” ujarnya.

Iklan

Pernah menerima gelaran Ratu Soundtrack, naib juara Akademi Fantasia musim kelapan itu mengakui nyanyian baginya masih nombor satu.

Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan empat cahaya mata comel iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan Ayoub, 1.

Baca juga: ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

8 info Bilateral Tubal Ligation

1-Prosedur ikat salur peranakan atau BTL merupakan satu cara merancang keluarga kekal yang bermaksud wanita tidak akan dapat mengandung lagi.

2-Fatwa oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan adalah BTL haram kecuali kehamilan akan memudaratkan kesihatan dan keselamatan nyawa ibu.

2-Ia boleh dilakukan secara laparotomy iaitu open surgery, bukaan kecil pada abdomen sekitar sejengkal atau laparoscopy iaitu bukaan sekecil 1 sentimeter pada bahagian pusat dan satu lagi di bukaan kecil di bahagian tepi abdomen.

3-BTL boleh dilakukan menggunakan kaedah :
1) Klip
2) Potong dan ikat
3) Bakar (cauter)
4) Membuang keseluruhan tiub Fallopian

4-Kesemua kaedah ini adalah kekal yang mana kemungkinan pesakit untuk hamil secara spontan adalah sangat rendah.

Iklan

5-Keberkesanan BTL ialah sekitar 99.95 peratus.

6-BTL akan dicadangkan kepada wanita yang tidak boleh hamil lagi atas sebab perubatan seperti
1)Telah menjalani dua kali pembedahan Caesarean
2)Bilangan anak melebihi lima orang dengan sejarah perubatan semasa hamil yang serius seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain.
3) Ibu yang sentiasa mendapat komplikasi selepas bersalin seperti pendarahan teruk, uri melekat dan sebagainya.

7-Penentuan dan persetujuan untuk dilakukan BTL hanya diperoleh selepas melepasti tahap demi tahap seperti berikut:
1)Penentuan untuk melakukan BTL ini hanya boleh dilakukan oleh pakar sakit puan yang merawat.
2)Alasan untuk melakukan BTL disebabkan letih dan penat menguruskan rumahtangga tidak boleh diterima.
3)BTL boleh dilakukan serentak dengan pembedahan melahirkan bayi.
4)BTL memerlukan persetujuan suami isteri kerana selepas ia dilaksanakan isteri tidak lagi berpeluang untuk hamil.
5)Suami dan isteri perlu menandatangani borang persetujuan pemandulan sebelum prosedur dibuat.

8-Namun, wanita yang melalui prosedur BTL dan ingin hamil lagi perlu menjalani rawatan reversal tube iaitu menyambung kembali tiub yang dipotong atau menjalani prosedur in-vitro fertilization (IVF).

Sumber: Astronews, Bel Nawhen via Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Dr Rafiuddin Hamizan, Dr Murizah Mohd Zain

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!