BARU-baru ini penyanyi kelahiran Sabah, Marsha Milan meraih perhatian warga maya menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial.

Video yang berdurasi 27 saat itu dikongsikan seorang tetamu ketika berkunjung ke rumah pelantun lagu Kembali Terang tersebut.

Difahamkan, Marsha sekeluarga mengadakan majlis rumah terbuka dan menjemput tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan dan selebriti untuk menjamu selera.

Baca ni Wanita ini kongsi cara unik tanam sayur guna tali mop. Mudah nak jaga, pokok pun subur walau tak siram selalu

Namun, apa yang menarik perhatian warga maya ialah kediaman ibarat rumah agam yang bukan sahaja tersergam indah, malah susun atur dan dekorasi di dalamnya cukup menarik dan mewah.

Kediaman yang diibaratkan seperti hotel dan istana oleh segelintir warga maya itu memperlihatkan ruang tamu utama, ruang makan dan juga ruang dapur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

PAKAI APRON SAMBUT TETAMU
Bukan itu sahaja, sikap humble dan bersahaja yang ditunjukkan Marsha yang siap memakai apron ketika menyambut tetamu dipuji ramai.

Baca lagi ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

Manakan tidaknya, jika selebriti lain siap memakai busana cantik dan indah sambil menyambut tetamu, berbeza pula dengan Marsha.

Bahkan, beliau tidak segan silu melayan dan menghidangkan makanan buat tetamunya. Biarpun tidak mengenakan solekan tebal, namun penampilan pelantun lagu Kembali Terang itu tetap manis dipandang.

Melangkah masuk ke dalam rumah selebriti berkenan, mata terpaku melihat keindahan dan kemewahan lampu chandelier yang tergantung.

Demikian juga dengan ruang tamu yang lengkap dengan sofa yang cukup elegan dengan sentuhan moden.

Baca lagi ‘Mesti waktu hamil mommy rajin.’ Isteri Shukri Yahya kongsi gelagat anak lelaki suka mengemas, ramai nak buat menantu!

Ruang dapur pula tampak begitu luas dan mewah seolah-olah ‘food court’, memberikan keselesaan buat tetamu ketika menikmati hidangan.

Kediaman berkenaan juga turut dilengkapi dengan lif.

Berikut Sinarplus kongsikan beberapa reaksi warga maya yang ditinggalkan dalam ruangan komen video berkenaan:

‘First time nampak tuan rumah siap hidangkan macam ni untuk tetamu.Terbaiklah marsha.’

‘Kita nampak rumah dia mewah. Kita tak tahu kerja kerasnya untuk sampai puncak ini. Alhamdulillah.’

Iklan

‘Ingatkan hotel awalnya. Pergh…rumah cantik betul. Rezeki Marsha.’

‘Rumah besar tu dah wow tapi yang lagi wow bila tuan rumah hidang dan layan satu persatu. Sangat puas hati la macam ni.’

Baca ni ‘Orang nampak cantik je.’ Dedah anak meragam & sepah rumah waktu live tutorial mekap, MUA Bellaz dipuji suri rumah vouge!

‘Cantik rumah. Marsha terbaikk layan tetamu.’

‘Suka tengok Marsha. Kaya tapi simple dan humble. I love that attitude.’

‘Humblenya. Selalu tuan rumah pakai cantik-cantik je. Ni terbalik. Beliau pula pakai apron hidangkan untuk tetamu.’

Iklan

‘Kaya suami dia. Untung lah, isteri pandai nyanyi pandai masak.’

SinarPlus yang tengok video tersebut begitu kagum. cantik dan mewah betul.

Namun, paling takjub adalah melihat keramahan dan sikap Marsha yang begitu low profile melayan dan menghidangkan makanan buat tetamunya.

Sumber: TikTok izzue3

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.