PEMAIN badminton wanita negara, Pearly Tan bukan nama asing dalam dunia badminton negara. Baru-baru ini pemain berusia 23 tahun itu mencatat rekod smash paling laju dunia 438 kilometer sejam (km/j) sekali gus mencatat namanya dalam Rekod Dunia Guinness!

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkongsi pencapaian luar biasa Pearly di laman sosial Facebook dan menyatakan bahawa pukulan smash beliau 65.5 km/j lebih laju daripada sebuah kereta Formula Satu (F1) iaitu 397km/j pada Grand Prix Itali Fl 2005.

Jenama peralatan sukan terkemuka, Yonex, dalam satu kenyataan pemain berusia berusia 23 tahun itu melakukan rekod berkenaan di Gimnasium Yonex Tokyo Factory pada 14 April lalu dengan menggunakan raket model Nanoflare 1000 Z.

Baca juga: Tahniah! Badminton beregu wanita mara peringkat akhir Sukan Komanwel, 10 fakta menarik M.Thinaah, Pearly Tan

Kredit foto: BAM

“Tahniah @__pearlytan kerana mencipta rekod dunia badminton wanita yang pertama! Pencapaian anda akan memberi inspirasi kepada jutaan yang lain,” katanya.

Terdahulu, pemain kelahiran Kedah itu sebelum ini merangkul emas dalam acara beregu wanita dan berpasukan campuran pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

BAM juga menjelaskan bahawa percubaan Pearly pada 14 April 2023 telah direkodkan dan telah disahkan oleh pihak Rekod Dunia Guinness.

Baca juga: Syabas Pearly-Thinaah! Cipta sejarah beregu wanita pertama juara Terbuka Perancis, 10 info membanggakan

Kredit foto: BAM

Impak smash yang dilakukan telah dirakam menggunakan kamera berkelajuan tinggi.

Kelajuan bulu tangkis selepas impak smash kemudian dikira berdasarkan rakaman fotografi.

Beliau dan M.Thinaah juga merangkul Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan 2022 di Majlis Anugerah Sukan Negara.

5 info Pearly Tan

1-Pearly Tan Koong Le dilahirkan pada 14 Mac 2000 di negeri Kedah Darul Aman.
2-Merupakan anak kepada jurulatih, Tan Seng Hoe. Bapanya mengendalikan Kelab Raket Alor Setar (ASRC), yang merupakan kelab pemain kebangsaan Lee Zii Jia dan Jacky Kok.
3-Tan mula menyertai pasukan badminton kebangsaan pada tahun 2013.
4-Wanita ini merupakan pemenang pingat perak beregu wanita di Kejohanan Junior Asia dan Dunia 2018, pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
5-Mempunyai ketinggian 1.64 meter, Pearly mahir menggunakan tangan kanan.

Iklan

Tahniah Pearly Tan!

Baca juga: Pecahkan rekod dunia 12.12 saat 100 meter lari berpagar, kenali atlet wanita Tobi Amusan

Sumber: Instagram Pearly Tan, BAM

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang